Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.ni] | سراني

Definisi : ; rumput ~ = paku ~ sj tumbuhan (herba), rumput kenarus, Lycopodium cernum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.ni] | سراني

Definisi : Kristian; air ~ air suci (dlm agama Kristian utk pembaptisan); masuk ~ memeluk agama Kristian; orang ~ a) orang yg beragama Kristian; b) orang peranakan drpd bangsa Eropah dgn bangsa Asia (Eurasian); c) sl orang Portugis; menyeranikan 1. menjadikan Kristian, mem-baptis(kan), memandikan (dgn air Serani); 2. Id mengahwini dgn sah (orang Eropah yg memperisteri orang Indonesia); keseranian hal (sifat, keadaan dsb) yg ber-kaitan dgn Serani; penyeranian perihal atau perbuatan men­jadikan seseorang Serani, pengkristianan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Serani

Puisi
 

Sayang Serani Cina ulaman,
     Sedikit tidak berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
     Sedikit tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keroncongkeroncongMuzikTiada

 Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di ban­dar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keron­cong asli


Kembali ke atas