Arab League | Liga Arab | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Syria. Liga ini dianggotai oleh Mesir, Arab Saudi, Iraq, Jordan, Yaman, Syria dan Lubnan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan kerjasama politik, mempertahankan kedaulatan negara anggota, menyelesaikan masalah negara Arab serta meningkatkan kerjasama ekonomi, kebudayaan dan jaringan infrastruktur perhubungan. Liga tersebut mempunyai dewan eksekutif yang dikenali sebagai Dewan Liga. Setiap negara anggota mempunyai wakil di Dewan Liga. Penduduk Arab di Palestin juga mendapat peruntukan wakil di Dewan Liga ini sebagai perwakilan tidak rasmi. Prinsip Liga Arab dalam menangani setiap permasalahan adalah melalui permuafakatan, bukan melalui kekerasan. |
syrnaya | syrnaya | Kesenian | Tiada | Serunai Syria. |
echos (G) | echos | Kesenian | Tiada | Mod gereja Syria dan Bizantium. |
sultaniyeh | fabrik sultaniyeh | Kesenian | Tiada | Fabrik kapas halus yang berasal dari Damascus, Syria dan digunakan untuk membuat serban. |
cumin | jintan putih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tumbuhan renek daripada famili Umbelliferae yang berasal dari Mesir dan Syria dan digunakan kerana baunya sebagai bahan perisa. |
simood | simoom | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin kencang yang kering dan berdebu yang bertiup di padang pasir Sahara, Pakistan, Syria dan Arab. Angin ini berhayat pendek, kurang daripada 20 minit, melebihi 55�C dengan berkelembapan di bawah 10 peratus. |
besieged area | kawasan terkepung | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kawasan yang berbenteng kukuh atau berkubu, yang dikepung oleh kekuatan tentera musuh bagi memaksa pihak di dalamnya menyerah diri. Kawasan terkepung biasanya dikaitkan dengan satu siri serangan tentera yang berpanjangan atau sekatan ke atas sebuah bandar atau kubu dengan niat untuk menakluk bandar atau kubu tersebut dengan cara kekerasan. Contohnya, Bandar Homs di Syria telah menjadi kawasan terkepung akibat tindakan tentera kerajaan Syria yang menyerang pemberontak yang berkubu sejak 2011. Pengeboman yang dilakukan secara sewenang-wenang sehingga mengorbankan banyak nyawa orang awam boleh dianggap sebagai melanggar undang-undang peperangan. |
Mossad | Polis Rahsia Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Badan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad |
Organisation of Arab Petroleum Exporting Countries (OAPEC) | Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Arab (OAPEC) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan serantau yang dianggotai oleh 11 buah negara Arab yang mengeluarkan petroleum. Negara-negara anggota OAPEC menjalinkan kerjasama dalam industri petroleum. OAPEC pernah menggunakan petroleum sebagai senjata untuk menekan tindakan ketenteraan Israel terhadap Mesir dan Syria pada tahun 1973. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |