roof garden | taman bumbung | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina di atas bangunan. Taman ini ditanam dengan tumbuhan yang sesuai dengan keadaan dan kekuatan bumbung tersebut. Taman ini juga dilengkapi dengan sistem pengairan dan saliran khas. Sinonim landskap bumbung. |
five points of architecture | lima prinsip asas seni bina | Kesenian | Seni Bina | Prinsip-prinsip asas dalam seni bina yang diperkenalkan oleh tokoh arkitek terkemuka, Le Corbusier yang merangkumi lima perkara utama, iaitu: (i) Penggunaan pelan terbuka. (ii) Bangunan dinaikkan di atas susunan tiang. (iii) Mukaan bangunan yang tidak bergantung pada kedudukan tiang (dinding salut). (iv) Penerapan taman di ruang atas bahagian bumbung. (v) Jalur tingkap memanjang tanpa halangan struktur. Contoh bangunan yang mengaplikasikan prinsip tersebut ialah Villa Savoye di Poissy, Perancis. |