Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Thailand


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
likaylikayKesusasteraanTiadaTeater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat.
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.
Barclaya sp.Barclaya sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang melekat pada substrat. Barclaya sp. mempunyai daun berbentuk lanseolat dengan kedudukan seperti roset. Tumbuh-tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tropika, Thailand dan Myanmar. Jenis-jenis Barclaya sp. termasuklah Barclaya longifolia, Barclaya motleyi dan Barclaya rotundifolia.
constitutional monarchynegara raja berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem kerajaan yang meletakkan kuasa raja atau monarki tertakluk kepada perlembagaan. Dalam sistem ini, raja tidak memiliki kuasa mutlak dan dihadkan serta tertumpu kepada urusan tertentu sahaja seperti menjadi ketua agama, adat istiadat dan bersifat keraian. Dalam menjalankan tanggungjawabnya, raja terlebih dahulu perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri atau menteri. Dalam konteks sosial pula, raja perlu mematuhi undang-undang dan boleh dihukum sekiranya melanggar peraturan. Contohnya, Malaysia, Thailand, Jepun dan Denmark.
limited monarchymonarki terhadSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas.
monarchymonarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang meletakkan institusi raja sebagai pemerintah yang memiliki kuasa yang mutlak, di luar kawalan undang-undang dan boleh melaksanakan sebarang tindakan tanpa batasan. Sistem penggantian kuasanya melalui warisan dan anak yang tertua atau anak lelaki yang terdekat bakal mewarisi takhta seperti yang terdapat di Brunei Darussalam, Kuwait dan Arab Saudi. Pemerintahan ini menolak sebarang persaingan dan tidak membenarkan kehadiran parti politik. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa negara yang mengamalkan monarki terhad atau berperlembagaan. Monarki jenis ini wujud dalam negara yang bersifat demokrasi seperti Malaysia, Jepun, Thailand dan Great Britain.
unitarykesatuanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan negara yang berasaskan kepada satu kerajaan terpusat berbanding dengan persekutuan yang memperlihatkan dua lapisan kerajaan seperti kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan ini menguasai segala bidang pemerintahan, kekayaan ekonomi dan segala sumber yang ada dalam negara tersebut walaupun dalam negara ini juga terdapat golongan minoriti yang berbeza etnik, budaya dan agama. Dalam negara seperti ini, biasanya wujud gerakan pemisahan yang menuntut autonomi atau kemerdekaan kerana tertindas oleh kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan majoriti. Contohnya Filipina, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.
common boundarysempadan bersamaSains PolitikPolitik PerbandinganGaris wilayah atau perbatasan yang dikongsi oleh dua atau lebih negara. Sempadan ini wujud apabila terdapat negara yang bersempadan secara selari dengan wilayah yang berdekatan. Konsep sempadan bersama yang dikawal selia secara perkongsian diwujudkan atas dasar untuk melindungi kepentingan negara terlibat dari ancaman musuh atau kuasa asing dan juga bertujuan mengurangkan bebanan kos keselamatan. Sekiranya wujud ancaman keselamatan atau kepentingan sesuatu pihak tergugat, maka negara tersebut akan berkongsi tanggungjawab menjaga keselamatan. Selain itu, sempadan bersama dibentuk bagi tujuan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Contohnya, Malaysia dan Thailand mewujudkan sempadan bersama antara Baling dan Bentong bagi mengawal kegiatan.
minorityminoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang lebih kecil berbanding dengan kelompok lain dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks sosial dan politik, minoriti tidak membawa makna bilangan sahaja tetapi juga kedudukannya yang lebih terpinggir, tidak mendapat keutamaan, tidak berkuasa, dan sering dieksploitasi. Golongan minoriti mempunyai semangat kekitaan dan sentimen yang kuat. Semangat ini dilahirkan sama ada melalui latar budaya, bahasa, agama, adat atau tradisi yang sama. Golongan minoriti juga terbentuk melalui penghijrahan satu kelompok ke negara lain seperti minoriti India di Malaysia atau kesan daripada struktur masyarakat yang sedia majmuk apabila kaum yang kecil saiznya dianggap sebagai minoriti seperti Melayu di Thailand dan Champa di Cambodia.
parliamentary democracydemokrasi berparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganDemokrasi yang memisahkan antara institusi ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif) manakala ketua kerajaan ialah perdana menteri. Perdana menteri dilantik daripada parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti parlimen. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengarnalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand dan New Zealand.

Kembali ke atas