U-shape style | gaya bentuk U | Pelancongan | Tiada | Susunan meja berbentuk U di dalam bilik mesyuarat. |
acceleration | pecutan | Sains Sukan | Biomekanik | Kadar perubahan halaju berdasarkan jangka masa tertentu. Pecutan ditentukan berdasarkan formula yang berikut: pecutan = (halaju akhir � halaju awal)/masa a = (v-u)/t dengan, a = pecutan v = halaju akhir u = halaju awal t = masa Unit SI bagi pecutan ialah m/s2. Suatu objek mengalami pecutan sifar jika halajunya sifar atau tiada perubahan halaju (malar) dalam gerakannya. Pecutan malar berlaku jika perubahan halaju adalah seragam. Apabila pecutan bernilai positif, halaju objek akan bertambah, dan apabila pecutan bernilai negatif, halaju objek berkurang. |
ionic mobility | kegerakan ion | Kimia | Kimia Analisis | Halaju mutlak ion-ion. Ia merupakan halaju ion-ion dalam unit cm s-1 bagi kecerunan keupayaan 1 volt per cm dan diberi oleh ungkapan U+ = λ+/F dan U- = λ-/F. F ialah pemalar Faraday, λ+ dan λ- ialah kekonduksian ion bagi kation dan anion. |
passenger car unit (C.P.U.) | unit kereta penumpang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Unit penyetaraan yang menyetarakan semua jeniss kenderaan berdasarkan unit kereta penumpang. |
sea channel | terusan laut | Sains Marin | Tiada | Lekukan panjang, sempit, berbentuk U atau V dan cetek di lantai laut yang biasanya terdapat di dataran landai di dasar laut. Contohnya, terusan laut yang memisahkan selatan England dari utara Perancis dan menghubungkan bahagian selatan Laut Utara ke Lautan Atlantik. Kawasan ini merupakan kawasan laluan kapal yang sibuk. Terusan laut dikenali juga sebagai ngarai tengah laut. |
salt bridge | titian garam | Kimia | Kimia Analisis | Tiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur. |
magnet | magnet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan ferus yang mempunyai kutur utara (U) dan kutub selatan (S), yang mempunyai sifat menarik bahan ferus lain. |
manometer | manometer | Kimia | Kimia Analisis | Radas untuk mengukur tekanan gas. Radas ini berbentuk U dan diisi dengan cecair yang sesuai seperti raksa. |
pure burning cost | kos hangus tulen | insurans | Tiada | Kos tuntutan di bawah insurans kumpulan atau reinsurans yang digunakan untuk mendapatkan nisbah tertentu. Di U.K. untuk insurans kebakaran, nisbah tersebut mungkin kos tuntutan dibahagi dengan premium atau jumlah diinsuranskan. Dalam reinsurans pula nisbah tersebut adalah kerugian reinsurans tertanggung dibahagi dengan premium syarikat mengesid. Penggunaan istilah ini tidak terbatas pada insurans kebakaran sahaja. |
infected local area | kawasan setempat jangkitan | Kesihatan Awam | Tiada | Kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 [P.U(A) 87/2020]. |