hat cai luong | hat cai luong | Muzik | Tiada | Teater popular di Vietnam yang menggunakan dialek Vietnam pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Teater ini merupakan bentuk sinkretik kerana menggabungkan cerita, muzik serta alat muzik dari Vietnam dan China. Ceritanya mengutamakan kisah kehidupan seharian di Vietnam. Ensembel muzik merangkumi alat tali seperti dan kim, dan gao serta dan co. Kadangkala menggunakan alat muzik Barat seperti saksofon dan trompet. Teater popular seperti hat cai luong juga
|
dan doc huyen (Viet) | dan doc huyen | Kesenian | Tiada | Alat tali yang dipetik berasal dari Vietnam. |
agent orange | agen jingga | Kejuruteraan | Tiada | Herbisid yang digunakan sebagai bahan untuk meluruhkan daun semasa peperangan di Vietnam. |
protes rock | rock protes | Muzik | Tiada | Muzik rock tahun 1960-an yang wujud akibat daripada bantahan peperangan Vietnam dan hak sivil orang kulit hitam. Contoh penyanyi muzik ini ialah Bob Dylan, Joan Baez dan Peter Paul and Mary. |
plant introduction | pengenalan tanaman | Pertanian | Agronomi | Penanaman tumbuhan atau tanaman baru yang dibawa masuk dari luar negara. Contohnya, buah naga (Hylocereus polyrhizus) dibawa masuk dari Vietnam, dan pokok jarak (Jatropha curcas) berasal dari Mexico. |
dieu | dieu | Muzik | Tiada | Sistem mod melodi dalam muzik Vietnam. Sistem mod ini sama dengan sistem tiao di China, cho di Jepun dan jo di Korea. Lihat juga cho, jo, tiao. |
cho | cho | Muzik | Tiada | Sistem mod melodi dalam muzik Jepun. Sistem ini sama dengan sistem mod tiao di China, dieu di Vietnam dan jo di Korea. Contohnya, mod ritsu sama dengan mod chih tiao di China, chuy dieu di Vietnam, dan pyong-jo di Korea dari segi jeda pic. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
chuy dieu | chuy dieu | Muzik | Tiada | Sejenis mod melodi dalam muzik Vietnam. Mod ini sama dengan mod ritsu dalam muzik Jepun. Contohnya, mod riisu sama dengan mod chih tiao di China dan pyong-jo di Korea dari segi jeda pic. Lihat juga cho. |
hat boi | hat boi | Muzik | Tiada | Teater klasik istana di Vietnam. Hat boi menyerupai opera Cina dari aspek kostum, watak, pergerakan, tema cerita dan alat muzik. Ensembel muzik mengutamakan alat dua tali yang digesek seperti dan gao dan dan co serta alat genderang seperti blok kayu, klaper, gong, simbal dan dram. Sinonim hat tuong. |