Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Peribahasa

Batu hitam tak bersanding.

Bermaksud :

Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cementing agentagen rekatPertanianTiadaBahan seperti humus, kalsium karbanat, atau oskida silikon, besi dan aluminium yang menggabungkan zarah-zarah dan agregat-agregat tanah menyebabkan tanah menjadi keras tetapi rapuh walaupun basah.
stablestabilFizikAtom dan NuklearSifat nukleus yang tidak boleh berubah secara spontan walaupun mengalami transformasi radioaktif tetapi sifat keradioaktifan terlalu lemah sehingga sukar dikesan oleh teknik terkini. Contohnya, nuklid dengan setengah hayat lebih kurang 1015 ke 1018 tahun.
perbilanganperbilanganKesusasteraanPuisiSusunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal
ripple voltagevoltan riakTeknikElektrikVoltan keluaran daripada penerus atau penjana yang masih mempunyai komponen ulang-alik walaupun voltannya satu arah, tetapi terdapat nilai yang tidak mantap (turun naik). Ini berpunca daripada tiadanya litar penuras. Kecekapan peralatan yang menggunakan voltan ini akan berkurang; contohnya, alat elektronik tidak lagi menghasilkan bunyi yang jelas tetapi sebaliknya akan mengeluarkan bunyi dengung.
microshockrenjatan mikroPerubatanTiadaRenjatan elektrik disebabkan arus teraruh atau arus bocor yang biasanya di bawah 100 mA. Walaupun arus tersebut kecil, tetapi boleh membahayakan pesakit yang mempunyai perentak jantung atau kateter intrakardiak yang diisikan dengan salina. Keadaan ini boleh mengakibatkan aritmia atau pegun jantung.
maturity onset diabetesdiabetes dewasaPerubatanTiadaSejenis diabetes melitus yang biasanya muncul pada orang dewasa yang melebihi umur 40 tahun. Walaupun berlaku kekurangan insulin, tetapi kuantitinya mencukupi untuk mengelak terjadinya ketoasidosis (kecuali dalam keadaan tekanan). Kawalan diet dan pengambilan agen hipoglisemia oral berkesan untuk mengawal keadaan.
open policypolisi terbukainsuransTiadaKontrak insurans yang syarat polisinya tidak ditetapkan dan tarikh tamat tempoh tidak dinyatakan ketika ia mula berkuat kuasa, tetapi had liabiliti telah ditentukan untuk perlindungan yang diberi. Walaupun premium pendahuluan tidak diperlukan tetapi laporan bulanan perlu disediakan dan dikirim bersama premium yang sepatutnya dibayar. Sijil insurans akan dikeluarkan untuk membuktikan harta tersebut telah dilindungi. Polisi terbuka biasanya digunakan untuk perlindungan dagangan dalam transit.
versionversiKesusasteraanTiadaBentuk atau kelompok cerita yang sama atau sejenis tetapi berbeza dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain walaupun berasal dari satu cerita yang sama. Contoh: Sejarah Melayu ada versi yang menyebut pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dan ada pula versi yang lain menyebut pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi.
fairness biasbias kesaksamaanPsikologiPsikologi UmumBias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah.
installment premiumpremium ansuraninsuransTiadaPremium insurans hayat yang dinyatakan sebagai premium tahunan tetapi dibayar lebih kerap. Jumlah premium tahunan ini mesti dijelaskan walaupun kematian berlaku, jika terdapat beberapa ansuran yang masih belum dibayar.
1234567

Kembali ke atas