Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.hu.di] | يهودي

Definisi : = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel; meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya; memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yahudi

Puisi
 

Bukan benar bangsa Yahudi,
     Dia benar kafir melaun;
Jika terkenang sebarang budi,
     Tidak kukenang seribu tahun.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ZionismZionismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang dibentuk khas untuk memperjuangkan kedudukan bangsa Yahudi di Palestin yang kini lebih dikenali sebagai negara Israel. Idea ini mahu mengembalikan kedudukan bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang pernah berkuasa di tanah itu. Idea ini mendapat sokongan kuat penduduk Yahudi di seluruh dunia dan beberapa kuasa besar yang mempunyai kepentingan. Zionisme tidak sahaja menjelma dalam bentuk perjuangan politik dan ketenteraan tetapi juga dalam falsafah, ideologi, propaganda, media dan sebagainya. Gerakan ini turut menyerap dalam pelbagai pertubuhan politik dan keselamatan yang penting seperti CIA di Amerika Syarikat, akhbar dan majalah penting di dunia.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.
fundamentalismfaham fundamentalisSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang dikaitkan dengan gerakan yang berpegang kepada prinsip asas sesuatu agama atau kepercayaan. Pemikiran ini tidak bertolak ansur dengan sebarang pandangan khususnya fahaman sekular. Pada asalnya fahaman ini tidak memiliki sebarang kecenderungan negatif, namun perkembangannya kini sering dikaitkan dengan gerakan militan dan terorisme seperti gerakan mempertahankan tanah air dan kemerdekaannya. Contohnya, Gerakan Pejuang Islam, Yahudi dan Kristian di Asia Barat. Sinonim fundamentalisme.
tyranny of the majoritytirani majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi.
xenophobiaxenofobiaSains PolitikPolitik PerbandinganSikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid.

Kembali ke atas