Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abdul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chairkursiPendidikanTiadaJawatan dalam pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang di sesebuah universiti atau di institusi pengajian yang lain. Contohnya Kursi ZaÆba di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Athens.
dinardinar/wang emasPerniagaan IslamTiadaWang yang diperbuat daripada logam emas dan mempunyai timbangan piawai 4.25 gm atau 1 mithqal emas 22 karat. Ukuran ini ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah.
dirhamdirham/wang perakPerniagaan IslamTiadaWang yang diperbuat daripada logam perak dan mempunyai timbangan piawai 2.97 gm atau 7/10 mithqal dinar, iaitu 7/10 x 4.25 = 2.97. Ukuran ini ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah.
electronic libraryperpustakaan elektronikTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya.
electronic libraryperpustakaan elektronikTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya.
multifoil archgerbang multifoilKesenianSeni BinaGerbang yang dibina berdasarkan gaya seni bina Moorish Andalusia. Reka bentuk gerbang multifoil telah dipengaruhi oleh seni bina Islam. Istilah �foil� ini berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud "daun." Contoh gaya seni bina ini boleh dilihat dalam reka bentuk bangunan Sultan Abdul Samad.
Arab-Israeli WarPerang Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaSiri peperangan antara negara Arab dengan Israel yang bermula sejak penubuhan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Tiga peperangan yang utama berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Selain itu, Israel juga telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1982. Sehingga kini, situasi peperangan masih berterusan dalam bentuk serangan gerila oleh kumpulan pejuang Palestin seperti Hamas terhadap pencerobohan haram Israel. Pada pihak lain pula, rejim Yahudi terus mempertingkatkan tindakan ganasnya terhadap penduduk Arab Palestin, dan enggan membebaskan wilayah negara jiran Arab yang dicerobohinya. Perang pada tahun 1956 berlaku apabila pihak tentera Israel menceroboh Mesir dan menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza. Perang ini berlaku akibat muslihat Britain dan Perancis yang cuba mengenakan tekanan terhadap Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser yang memiliknegarakan Terusan Suez. Walau bagaimanapun, Israel berundur dari wilayah yang ditakluk pada tahun 1957. Pada tahun
festschriftterbitan dedikasiKesusasteraanTiadaKumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh

Kembali ke atas