abnormal spermatozoa | permatozoa abnormal | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sel seks jantan yang mempunyai morfologi tidak normal. Morfologi spermatozoa abnormal dapat dikenal pasti melalui ujian makmal. Morfologi yang abnormal ini akan menyukarkan proses persenyawaan ovum. Contoh morfologi abnormal spermatozoa ialah spermatozoa dengan ekor berganda, tiada ekor, kepala senget, kepala terlalu besar atau berleher bengkok. Faktor penyebab spermatozoa abnormal termasuk jangkitan penyakit, pendedahan kepada toksin, radiasi dan testis yang tidak normal. |
abnormal behaviour | kelakuan abnormal | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Aktiviti yang tidak mengikut kebiasaan dan berlaku pada haiwan disebabkan oleh perubahan fisiologi, persekitaran dan penyakit. Kelakuan abnormal berbeza antara spesies haiwan ternakan. Contoh kelakuan abnormal pada haiwan ternakan ialah kelakuan agresif yang melampau seperti membunuh anak atau meminum air kencing sendiri. |
abnormal risk | risiko abnormal | insurans | Tiada | Risiko yang substandard atau tidak mencapai tahap pengunderaitan. |
abnormal return | pulangan abnormal | Perniagaan | Tiada | Perbezaan antara keuntungan sebenar dengan keuntungan yang dijangkakan |
abnormal imprinting | peneraan tak normal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
anomalous (abnormal) retina correspondence | kesepadanan retina (abnormal) beranomali | Perubatan | Tiada | Hubungan di antara titik-titik yang sepadan pada retina kedua-dua mata, dengan titik-titik penetapannya adalah salah. |
harmonious abnormal retinal correspondence | kesepadanan retina tak normal harmoni | Sains Kesihatan | Tiada | Kesepadanan retina tidak normal yang dicirikan dengan sudut anomali sama dengan sudut sisihan objektif. |
exophthalmia | eksoftalmia | Perikanan | Akuakultur | Perubahan abnormal pada ikan yang merujuk kepada bahagian mata yang terbonjol keluar daripada soket mata ikan. Keadaan ini boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Kebiasaannya eksoftalmia berpunca daripada jangkitan penyakit, masalah pengurusan kesihatan ikan atau masalah genetik. |
rhonchi | rhonki | Kejururawatan | Tiada | Bunyi abnormal yang dihasilkan oleh udara semasa melalui bronkus yang sempit. Bunyi ini boleh didengar dengan menggunakan stetoskop semasa pesakit menarik dan menghembus nafas. |
xerosis | xerosis | Kejururawatan | Tiada | Kekeringan abnormal pada mata, kulit atau mulut. |