Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ci] | اچي

Definisi : diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih kurang sedikit janganlah diambil berat; mengacikan mengakui sbg aci atau sah, me­nge­sahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : batang logam tempat roda berpusing, gandar roda; ~ engkol batang logam berputar yg menyam­bungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg memacu dan meng­hubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin pembakaran dalaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg lebih tua). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : (diucapkan dlm beberapa jenis permainan) jadi; sah; benar: tak ~ tidak jadi; batal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ci] | اچي

Definisi : gandar roda. ~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalam. ~ pacu batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm kenderaan bermotor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aci


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compound trainrangkaian majmukMekanikGunaan(bagi sistem gear) Sistem gear yang mengandung aci-aci pertengahan yang setiap satu daripadanya membawa dua roda gear yang tetap pada aci itu. Dua gear itu biasanya mempunyai bilangan gigi yang berlainan dan berputar dengan laju yang sama pada hala putaran aci. Salah satu daripada roda-roda berkenaan dipacu oleh gear pada aci yang bersebelahan dan yang satu lagi memacu gear pada aci pengikut. Nisbah halaju yang diperoleh daripada sistem rangkaian majmuk sama dengan hasil darab bilangan gigi pada gear-gear pemacu terhadap hasil darab bilangan gigi pengikut. Lihat juga rangkaian mudah.
static equilibrium of shaftskeseimbangan statik aciMekanikGunaanKeadaan yang diperoleh apabila pusat jisim aci yang mempunyai jisim sipi berapa pada paksi aci. Aci yang memiliki ciri keseimbangan statik akan berada dalam keseimbangan jika disokong mengufuk dalam sebarang kedudukan aci itu. Keseimbangan statik diperlukan jika keseimbangan dinamik mahu dicapai. Lihat juga keseimbangan dinamik, pengimbangan.
spur geargear tajiMekanikGunaanGear yang giginya selari dengan aci penyokongnya. Gear ini digunakan untuk menghubungkan aci-aci yang selari.
equivalent stiffnesskekakuan setaraMekanikGunaan(bagi aci) kekakuan aci yang boleh menggantikan kekakuan beberapa aci yang mempunyai nilai yang berlainan, bagi tujuan analisis tentang rintangan gabungan aci itu terhadap sesaran sudut. Kekakuan ini perlu memenuhi keperluan bahawa pesongan sudut yang disebabkan oleh kilas adalah sama untuk ‘aci setara’ dan untuk sistem aci sebenar.
propeller shaftaci kipas; aci perejangKejuruteraanTiadaAci, yang di hujungnya terpasang kipas skru, yang menghantar kuasa daripada enjin kepada kipas.
layshaftaci bantuMekanikGunaanAci pertengahan dalam sistem rangkaian gear. Aci bantu diperlukan untuk menolong memindahkan kuasa atau gerakan dari aci pemacu ke aci pengikut. Lihat jugarangkaian gear.
static balanceimbangan statikMekanikGunaan(bagi aci) Keadaan yang diperoleh apabila pusat jisim aci yang mempunyai jisim-jisim sipi berada pada paksi putaran aci itu. Aci yang memiliki ciri imbangan statik akan berada dalam keseimbangan jika disokong pada garis mendatar dalam sebarang kedudukan aci itu. Imbangan statik diperlukan jika imbangan dinamik mahu dicapai. Lihat juga imbangan dinamik, pengimbangan.
critical speedlaju gentingMekanikGunaan(bagi aci) Halaju sudut bagi aci yang berpadanan dengan keadaan apabila aci yang berputar mengalami getaran lintang yang berlebihan. Pada halaju ini, pesongan yang dialami oleh aci boleh menyebabkan perubahbentukan abadi atau kerosakan struktur. Analisis tentang halaju genting memastikan bahawa laju genting tidak sama dengan laju aci semasa kerjanya.
output shaftaci keluaranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAci utama pada sistem penghantaran yang menghantar daya kilas dari kotak gear ke bahagian aci putar atau aci pacu.
flexible shaftaci boleh lentur/aci luwesKejuruteraanKejuruteraan MekanikKomponen mesin seperti kabel panjang yang boleh menghantar gerakan putaran daripada pemacu kepada komponen lain yang hendak diputar pada sebarang kedudukan. Komponen ini terdiri daripada beberapa lapisan anyaman dawai yang melilit dawai teras tunggal. Setiap lapisan dawai melilit pada arah berlawanan daripada lapisan sebelumnya. Jumlah lapisan dan diameter dawai menentukan diameter aci boleh lentur. Di samping itu bahan dan diameter dawai serta proses melapis menentukan ciri aci boleh lentur seperti kekukuhan, kekuatan, halaju maksimum dan arah putaran aci. Bahagian luar komponen ini juga disalut dengan bahan yang boleh lentur. Komponen ini digunakan dalam alat gerudi gigi, mesin pemotong rumput dan meter laju kenderaan.
12345678910...

Kembali ke atas