polyphony | polifoni | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran suara pelbagai watak dalam novel yang menyampaikan ideologi, pendapat dan sudut pandangan yang bertentangan dalam kritikan sastera. Polifoni berbeza dengan novel konvensional, iaitu suara pengarang yang tunggal adalah dominan sehingga tidak ada ruang untuk suara lain. Novel konvensional bersifat monofoni. Konsep ini digunakan oleh Mikahail Bakhtin merujuk kepada novel ciptaan Dostoevsky sebagai karya polifoni yang berjaya mengutarakan pelbagai suara dan pandangan untuk tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat. Polifoni berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �banyak suara�. Lihat juga monofoni. |
civil society | masyarakat sivil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang memiliki ruang penyertaan antara pemerintah dengan orang ramai. Ruang tersebut bertindak sebagai medan aksi atau interaksi antara kedua-duanya. Penyertaan masyarakat mempunyai pelbagai sifat sama ada secara individu dengan pemerintah seperti aktivis sosial dan organisasi dengan pemerintah atau organisasi bukan kerajaan (NGO). Interaksi ini melahirkan ciri-ciri aksi yang bersifat pengaruh mempengaruhi, tawar-menawar, desakan dan gesaan, manipulasi, timbal-balik dan imbang-mengimbangi khususnya dari sudut ideologi politik, penyuaraan kepentingan, pelaksanaan dasar dan juga persaingan politik. Masyarakat yang mempunyai aksi atau interaksi dengan pemerintah yang seimbang dalam ruang ini dikatakan sebagai masyarakat yang demokratik. Sementara negara yang ruang aksinya dikuasai oleh pemerintah diklasifikasikan sebagai tidak demokratik. Contohnya, ruang aksi antara rakyat dan pemerintah di Singapura adalah sempit dan dikawal oleh pemerintah. |
anjung | anjung | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang terbuka yang terletak di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai ruang tempat tuan rumah meraikan tetamu, sama ada yang dikenali atau tidak dikenali untuk tujuan perbincangan dan sebagainya. |
serambi | serambi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang memanjang tertutup, yang biasanya dihiasi dengan tingkap di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rumah tradisional Melayu yang direka bentuk dengan serambi terbuka. Serambi berfungsi sebagai ruang tetamu lelaki yang dikenali oleh tuan rumah, sama ada yang mempunyai hubungan keluarga atau tiada hubungan keluarga. Serambi juga dijadikan tempat untuk mengadakan majlis formal, mengajar dan membaca al- Quran, serta tempat tidur anak-anak dan tetamu lelaki. |
built-in | terbina dalam | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot, seperti tempat letak buku, kabinet atau tempat duduk yang dipasang lekap tetap. Binaan perabot ini bergantung kepada saiz bukaan yang sedia ada pada tapak atau ruang binaan. |
online environment | persekitaran dalam talian | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Ruang maya tempat berlakunya interaksi pembelajaran dalam talian sama ada secara tidak segerak atau berasaskan web. |
public place | tempat awam | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Laluan atau ruang sesuatu kawasan yang dibuka untuk orang ramai sama ada percuma atau dikenakan bayaran. |
floor plan | pelan lantai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lukisan dua dimensi (2-Dimensi) sama ada berskala atau tidak berskala yang menunjukkan pelan bangunan atau ruang yang mengandungi semua elemen dalam bangunan seperti tiang, dinding, pintu, tingkap, perabot dan sebagainya. |
pause | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan. |
rule of law | kedaulatan undang-undang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Peraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini. |