Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broadbandjalur lebarTeknologi MaklumatTiadaMuatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps.
molar absorptivitykeserapan molarKimiaKimia AnalisisPemalar yang menyatakan keupayaan penyerapan suatu spesies atau kumpulan berfungsi. Mengikut hukum Beer Lambert, pemalar perkadaran, e adalah keserapan molar, jika kepekatan sampel yang diukur penyerapannya dalam unit kepekatan molar. Unitnya liter mol-1 cm-1.
knotbuku kayu; simpul; buku; knot (unit)KejuruteraanTiada3. Parut pada kayuan yang menandai tempat dahan keluar dari batang kayu.,4. Knot: Kelajuan satu batu nautika sejam. 1 batu nautika adalah 1852 meter.,5. Keadaan apabila tugas tentu dalam sistem pelbagai pengaturcaraan tidak tertegun kerana ia menanti peristiwa yang tidak akan berlaku.
nanostructurenanostrukturFizikNanoteknologiObjek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm.
discountdiskaunEkonomiTiada1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut.
radianradianSains SukanBiomekanikSudut yang terbentuk apabila panjang lengkuk adalah sama dengan panjang jejari. Nilai 1 radian = 57.3� atau p radian = 180�.
nanorodnanorodFizikNanoteknologiStruktur yang bentuknya seperti batang kayu, berdiameter 1 nm -100 nm dan nisbah panjang terhadap lebar adalah antara 3 - 5. Beberapa nanorod diperbuat daripada logam atau bahan semikonduktor, contohnya emas dan silikon karbida (SiC). Nanorod dihasilkan menerusi sintesis kimia dan mempunyai kegunaan meluas dalam teknologi paparan hingga kepada mikroelektromekanik (MEMS).
neutronneutronFizikNanoteknologiZarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-.
small-angle scatteringserakan sudut kecilNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 � 10�) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel.
specific gravitygraviti tentuKejuruteraan AutomotifEnjinNisbah ketumpatan suatu bendalir berbanding dengan bendalir rujukan. Bagi cecair, bendalir rujukan adalah air pada suhu 20°C, iaitu 998 kg/m³. Manakala bagi gas bendalir rujukan adalah udara pada keadaan suhu dan tekanan piawai iaitu 1.225kg/m³. Contoh graviti tentu untuk minyak pelincir SAE30W pada suhu 20°C ialah 0.89.
123

Kembali ke atas