Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dé.gan] | اديݢن

Definisi : Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn baik dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara di atas katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg menimbulkan ke­ghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn Islam digambarkan dlm hubungan seks dan ~ ranjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dé.gan] | اديݢن

Definisi : bahagian kecil sesuatu babak (drama) yg bermula dgn tampilnya seorang pelakon baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adegan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.
comic reliefkelegaan komikKesusasteraanTiadaAdegan yang melegakan buat sementara waktu ketika ketegangan aksi memuncak. Adegan ini biasa ditemui dalam drama tragedi. Contohnya, dalam drama berjudul King Lear oleh Shakespeare. Adegan dalam drama ini dapat dilihat melalui watak fool (badut) bergurau dengan Lear. Adegan ini juga ditemui dalam drama Shakespere berjudul Macbeth melalui watak penjaga pintu yang mabuk. Adegan yang melibatkan penakawan dalam cerita wayang kulit juga dianggap sebagai kelegaan komik. Lihat juga tragedi.
sceneadeganKesusasteraanTiadaUnit kecil dalam pertunjukan drama atau filem. Adegan ditandai dengan kemunculan pelakon baharu atau apabila berlaku perubahan situasi dalam cerita. Sepanjang sesuatu adegan, tempat, waktu dan watak tidak berubah. Istilah ini berasal daripada skene teater Greek Tua) yang bermaksud �tempat sesuatu aksi berlaku dan dialog dituturkan �.Lihat juga adegan wajib, babak.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaKonvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
French sceneFrench scene; adegan PerancisKesusasteraanTiadaPembahagian adegan dalam drama yang melibatkan aksi keluar masuk satu watak.
actbabakKesusasteraanTiadaBahagian dalam sesuatu cerita, lakonan atau sandiwara. Babak juga merupakan elemen struktur mekanikal dalam drama. Contohnya, sesetengah drama Shakespeare mempunyai lima babak, sementara drama Ibsen mempunyai empat babak. Kebanyakan drama moden pada kukun ke-20 boleh dibahagikan kepada tiga babak sahaja. Babak pula dibahagikan kepada beberapa adegan dan setiap adegan diolah untuk menyumbang kepada pengaliran cerita. Lihat juga adegan.
sceneadeganKesusasteraanTiadaBahagian kecil dalam babak yang memaparkan aksi berurutan dalam satu latar tempat yang tidak berubah.
relief sceneadegan selinganKesusasteraanTiadaBahagian dalam plot drama atau teater yang dipersembahkan untuk memberi kelegaan emosi kepada khalayak.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaBahagian yang perlu wujud dalam sesebuah pementasan drama atau teater terutamanya teater tradisional.
actbabakKesusasteraanTiadaBahagian utama dalam drama yang terdiri daripada beberapa adegan.
12

Kembali ke atas