herbal product quality complaint | aduan kualiti produk herba | Herba | Tiada | Aduan pelanggan mengenai masalah produk akhir herba. Aduan ini timbul akibat daripada kesilapan pengilangan, kecacatan produk, kemerosotan kualiti produk dan campur palsu dalam bahan herba. Menurut Amalan Pengilangan Baik, sebarang aduan perlu direkodkan dengan lengkap. Punca sesuatu aduan perlu disiasat dan aduan tersebut diambil tindakan. Rekod aduan juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat masalah yang berulang, pihak berkuasa perlu menarik balik produk herba tersebut dari pasaran. Sebarang aduan yang melibatkan panggil balik atau penyekatan pembekalan produk herba perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa perlesenan. |
product complaint | aduan produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Laporan secara lisan, bertulis atau dalam talian yang diadukan oleh pengguna atau pengamal kesihatan kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan kualiti dan keselamatan produk herba yang digunakan. |
product safety complaint | aduan keselamatan produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Laporan berbentuk elektronik, bertulis atau komunikasi lisan yang diadukan kepada pihak berkuasa berkaitan dengan keselamatan produk dalam pasaran. |
product quality complaint | aduan kualiti produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Laporan berbentuk elektronik, bertulis atau komunikasi lisan yang diadukan kepada pihak berkuasa berkaitan dengan kualiti produk dalam pasaran. |
preventative action | tindakan pencegahan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan yang diambil untuk menghalang kebarangkalian kejadian yang tidak diingini daripada berlaku pada masa akan datang. Tindakan pencegahan dikenal pasti dan diperoleh daripada cadangan audit dalaman atau aduan pelanggan. Tindakan ini merupakan proses proaktif untuk menambah baik dan memberi respons pantas terhadap masalah atau aduan. Tindakan pencegahan melibatkan kajian semula prosedur operasi, analisis data, trend dan risiko serta keputusan pengujian kecekapan. |
information alert | amaran maklumat | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pelaporan yang kena pada masanya dan mungkin menunjukkan berlakunya peristiwa sekuriti nuklear yang memerlukan penilaian. Amaran maklumat ini datang daripada pelbagai sumber seperti aduan awam, maklumat operasi dan risikan, pemeriksaan kesihatan, ketidakselarasan perakaunan dan pengirim/penerima, dan pemantauan sempadan. |