aphrodisiac | afrodisiak | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan yang boleh menaikkan syahwat. |
aphrodisiac | afrodisiak | Herba | Tiada | Herba yang memulihkan potensi seksual normal dan fungsi, dan meningkatkan keinginan seksual. Contoh herba ini ialah ginseng, halba, astragalus, kava kava dan saw palmetto. |
aphrodisiac | afrodisiak | Herba | Fitoterapi | Bahan yang dapat merangsang atau meningkatkan nafsu seks. |
aphrodisiac | afrodisiak | Herba | Pemiawaian | Herba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
yohimbine | yohimbina | Herba | Tiada | Formula C21H26N2O3. Alkaloid daripada pokok Pausinystalia yohimbe Pierr yang digunakan sebagai bahan afrodisiak, rawatan impoten dan ubat pengendur otot. |
radix | radiks | Herba | Pemiawaian | Bahagian pada tumbuhan herba yang tumbuh dalam tanah. Radiks lazimnya digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, radiks tongkat ali (Eurycoma longifolia) digunakan sebagai afrodisiak. |
adulterant | bahan pemalsu | Herba | Tiada | Sebarang bahan kimia atau bendasing yang hadir dalam bahan mentah atau sediaan herba sama ada secara sengaja atau tidak yang dilakukan manusia. Terdapat pelbagai jenis bahan pemalsu, iaitu unsur tanah, bahagian atau spesies tumbuhan selain daripada yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia, ubat sintetik dan sebagainya. Kehadiran bahan-bahan ini merendahkan nilai kualiti bahan mentah atau sediaan herba. Penggunaan bahan pemalsu dalam sediaan herba adalah salah di sisi undang-undang. Contohnya, sediaan herba afrodisiak ditambahkan bahan pemalsu ubat sintetik sildenafil. |