child sexual abuse | penderaan seksual kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan agresif terhadap kanak-kanak dari segi seksual. Tindakan agresif atau penderaan ini boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut. |
aggressive behaviour | tingkah laku agresif | Perubatan | Psikiatri | Kelakuan yang cenderung untuk menyerang, bermusuh, kasar, suka berkelahi atau garang. |
hawkish monetary policy | polisi monetari agresif | Ekonomi | Tiada | Polisi monetari yang diketatkan dengan meningkatkan kadar faedah, mengurangkan kunci kira-kira bank pusat, meramalkan kenaikan kadar faedah masa hadapan, positif tentang gambaran pertumbuhan ekonomi dan menjangkakan inflasi akan meningkat. |
passive-aggressive behaviour | tingkah laku pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Perlakuan yang pasif, seperti menangguh atau melengah-lengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa berserta perbuatan suka mengkritik pihak atasan. |
passive-aggressive personality disorder | gangguan personaliti pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Kecelaruan yang terjadi apabila seseorang diarahkan melakukan kerja yang terbaik, tetapi bertindak pasif, seperti menangguh atau melengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa. |
criminal bullying | buli jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan agresif yang disengajakan dan berulang, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan dan seksual yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu terhadap mangsa yang tidak dapat mempertahankan dirinya sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal atau psikologikal pada mangsa. |
child abuse | penderaan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan agresif yang dilakukan terhadap kanak-kanak, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan atau seksual. Tindakan ini termasuklah melakukan pelanggaran hak kanak-kanak, seperti pengurungan dan perhambaan. Penderaan kanak-kanak boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut. |
violent behaviour | tingkah laku ganas | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan. |
corporate raider | penyerang korporat | Pentadbiran | Tiada | Orang yang mengambil alih syarikat lain dengan cara agresif. |
feral cat | kucing feral | Veterinar | Tiada | Kucing domestik yang tidak dipelihara oleh manusia dan tidak memiliki rumah. Kucing feral sangat agresif dan biasanya akan bersembunyi daripada manusia serta tidak akan membiarkan dirinya disentuh atau diuruskan oleh manusia. |