hard water | air liat | Kimia | Tiada | Air yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium, dan tidak mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Terdapat dua jenis air liat, iaitu air liat sementara dan air liat kekal. Lihat juga air liat kekal, air liat sementara. |
temporary hard water | air liat sementara | Kimia | Tiada | Air liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium hidrogen karbonat dan magnesium hidrogen karbonat terlarut. Air liat jenis ini dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Air liat terbentuk apabila air hujan bergabung dengan karbon dioksida di udara lalu membentuk asid karbonik lemah; asid karbonik lemah pula bertindak balas dengan batu-batuan karbonat (seperti batu kapur) lalu membentuk kalsium hidrogen karbonat yang larut di dalam air. |
permanet hard water | air liat kekal | Kimia | Tiada | Air liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium sulfat dan/atau kalsium klorida, magnesium sulfat serta magnesium klorida terlarut. Air liat jenis ini tidak dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Bagaimanapun, air ini dapat dilembutkan dengan menambahkan natrium karbonat yang dapat memendakkan kalsium karbonat. |
hard water | air liat | Biologi | Ekologi | Air yang mengandungi ion kimia, seperti kalsium, dan magnesium. Air liat tidak dapat menghasilkan buih dengan sabun kerana ionnya bertindak dengan sabun lalu membentuk mendakan. Oleh itu, air ini memerlukan banyak sabun untuk menghasilkan buih. Setengah-setengah bahan kimia perosak akan mengumpul dan mengendap apabila dimasukkan ke dalam air liat. |
water hardness | keliatan air | Kimia | Tiada | Keadaan air yang mengandungi garam terlarut seperti kalsium dan magnesium. Terdapat dua jenis keliatan, iaitu keliatan sementara dan keliatan kekel. Lihat juga air liat kekal, air liat sementara. |
hard water | air liat | Fizik | Tiada | Tiada |
hard water | air liat | Komunikasi | Tiada | Tiada |
hard water | air liat | Perikanan | Tiada | Tiada |
hard water | air liat | Pertanian | Tiada | Tiada |
hard water | air liat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |