Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) per­mukaan air; b) rupa muka (yg membayang­kan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. rupa muka. b. maruah (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : a. rupa muka; wajah. b. maruah; harga diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Pergi ke pekan ke Pulau Datu,
     Cincin permata jatuh ke ruang;
Adik berpesan di muka pintu,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menepuk (= mencapak) air di dulang,
     terpercik muka sendiri juga.

Bermaksud :

Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emojiemojiKomunikasiTiadaTanda, lambang atau ikon bergambar yang digunakan dalam komunikasi elektronik seperti teks mesej, e-mel dan hantaran dalam media sosial untuk menzahirkan emosi pengguna bagi menyampaikan maklumat dengan ringkas. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa, iaitu air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan.
idiomidiomKesusasteraanTiadaCara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain.
pleustonpleustonSains MarinTiadaOrganisma yang hidup di lapisan permukaan tipis antara muka air-udara sebagai habitatnya. Organisma ini mempunyai daya apungan yang menonjol di atas permukaan air laut, seperti beberapa spesies ubur-ubur dan pencakar air.
benthic-pelagic couplinggandingan bentik-pelagikSains MarinTiadaZon antara muka sedimen-air yang merupakan kawasan berlakunya proses kitaran semula nutrien. Zon ini menerima pelbagai bahan organik dan bukan organik yang mendap dari zon pelagik di atasnya seperti plankton mati, bahan buangan, bahan organik dan detritus yang akan menjalani proses penguraian secara biologi atau kimia dan dikitar semula. Kitaran ini sangat penting kepada produktiviti sesuatu perairan.
epibenthosepibentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang hidup di bahagian permukaan sedimen dasar laut atau di kawasan antara muka sedimen-air. Epibentos biasanya melekat pada permukaan sedimen, batuan dasar atau cangkerang. Contohnya, rumpai laut, span, timun laut, teritip dan sebagainya.
shorefacemuka pesisirSains MarinTiadaKawasan sempit, zon curam condong antara had laut di pantai pada air yang rendah dan zon luar pesisir yang hampir mendatar.
Fresnel equationpersamaan FresnelNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPersamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran

Kembali ke atas