copepod | kopepod | Perikanan | Akuakultur | Kumpulan krustasea seni yang hidup di dalam air masin atau air tawar. Kopepod mempunyai satu mata ringkas, bercangkerang dan berenang di dalam air. Kopepod juga digunakan sebagai makanan hidup untuk larva ikan marin bagi peringkat awal kopepod. |
zooplankton | zooplankton | Perikanan | Akuakultur | Haiwan seni atau organisma heterotropik yang hidup di dalam air laut dan air tawar. Sebahagian daripada zooplankton merupakan makanan yang penting dalam aktiviti pembenihan ikan dan udang. Contoh zooplankton ialah artemia, moina, rotifer, dan kopepod. |
aquascape | akuaskap | Perikanan | Akuakultur | Seni hiasan taman di dalam air, seperti landskap di dalam akuarium. |
infosuria | infosuria | Perikanan | Akuakultur | Sejenis zooplankton yang sangat halus dan seni yang terdapat di dalam air tawar. Saiz infosuria yang kecil membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai makanan anak ikan yang baru menetas dengan saiz pembukaan mulut anak ikan yang kecil seperti anak ikan ketutu. Infosuria diperlukan untuk pembentukan dan memenuhi keperluan nutrisi anak ikan. Infosuria boleh dihasilkan dengan merendam bahan tumbuhan seperti kulit betik atau kubis di dalam bekas berair sehingga mereput. Infosuria juga boleh dilihat dengan mata kasar sebagai benda asing atau serbuk berwarna putih yang berenang secara putaran di atas permukaan air pada waktu pagi. |
tiny house | rumah mongel | Seni Bina | Tiada | Rumah kecil dengan keluasan sekitar 400 hingga 900 kaki persegi dan memiliki ruang yang terhad bagi ruang tamu, tempat tidur, bilik air dan dapur. Rumah ini dibina dengan reka bentuk yang comel dan menarik. |
algae | alga | Perikanan | Akuakultur | Sejenis tumbuhan akuatik seni yang mengandungi sel klorofil, tiada batang, akar dan daun. Secara saintifik, alga dikenali sebagai fitoplankton atau air hijau. Alga merupakan makanan awal larva ikan dan krustasea. |
cinnabar lacquer | lakuer sinabar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis kerja seni yang dihasilkan di China sejak berkurun yang lalu, yang dihasilkan dengan lakuer yang diwarnakan dengan sulfid merah yang mengandungi raksa. Sinabar ialah sejenis mineral yang terdapat di kawasan gunung berapi atau mata air panas. |