warranty | jaminan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Janji yang diberikan oleh pihak yang diinsuranskan bahawa sesuatu perkara akan atau tidak akan dibuat, sesuatu syarat akan dipenuhi atau sesuatu fakta yang diberikan adalah benar atau salah. Perjanjian ini, mesti dipatuhi oleh pihak yang diinsuranskan. Pelanggaran waranti boleh menyebabkan insurer menolak liabiliti. |
adrenergic drug | ubat adrenergik | Perubatan | Tiada | Ubat yang bertindak pada reseptor adrenergik. Kesan ubat ini bergantung kepada jenis reseptor yang dirangsang dan selektiviti ubat terhadap reseptor tersebut. Rangsangan reseptor adrenergik beta 1 akan meningkatkan aktiviti jantung, manakala rangsangan reseptor adrenergik beta 2 menyebabkan bronkodilatasi. Antara kegunaan ubat adrenergik ialah meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah dalam resusitasi. Ia juga digunakan dalam rawatan penyakit asma akut. |
hypertext transfer protocol (HTTP) | protokol perpindahan hiperteks (HTTP) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan. |
cut-out | pemutus | Teknik | Elektrik | 1. Peranti yang akan memutuskan litar untuk menghalang pengaliran arus lebihan melalui radas atau peralatan secara automatik atau insani. Misalnya, fius dan pemutus litar. 2. Suis automatik yang akan dipasang ke litar penjana arus terus diberikan kepadanya. |
labial reduction | pengurangan labial | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm. |
Newton�s laws of motion | hukum gerakan Newton | Fizik | Mekanik | Hukum yang menyatakan bahawa: 1. Jasad akan sentiasa dalam kedudukan rehat ataupun dalam gerakan malar, melainkan ada daya luar yang bertindak ke atasnya. 2. Perubahan momentum linear bagi suatu jasad berkadaran dengan daya yang bertindak ke atasnya. 3. Satu tindakan daya mempunyai tindak balas daya yang sama terhadapnya. |
trench | petak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu kawasan empat persegi yang dibuat untuk mendapatkan maklumat dan data arkeologi. Besar dan luas petak adalah pelbagai saiz seperti 2 meter x 2 meter, 2 meter x 1 meter, 1 meter x 1 meter dan 3 meter x 2 meter. Petak akan digali selepas semua persiapan telah dibuat seperti membuat pancang, mengikat tali dan mengambil gambar. Kedalaman penggalian petak bergantung pada tujuan, penemuan tanah asal atau batu dasar. |
grid layout | susun atur grid | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Susunan petak pada tapak ekskavasi pada jarak tertentu, biasanya 1 meter x 1 meter bagi memudahkan catatan jumpaan artifak semasa ekskavasi untuk tujuan analisis artifak dan sebagainya. Seluruh kawasan yang akan diekskavasi diukur dan diberikan penandaan grid. Tali akan ditarik secara menegak dan mendatar untuk menghubungkan grid sehingga membentuk petak yang lebih kecil yang dikenali sebagai petak grid. Petak grid akan diberi rujukan mengikut nombor dan/atau abjad yang diberi pada gari menegak dan mendatar. Titik silang antara dua tali dikenali titik jumpaan grid. |
pound-force | paun-daya | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pengukuran daya yang ditakrifkan sebagai daya yang akan memecut 1 paun-jisim pada pecutan 32.174 kaki2/saat. Satu paun-daya bersamaan dengan 4.4482216 N. |
equivalent weight | berat setara | Farmasi | Tiada | 1. Berat asid atau bes yang akan menghasilkan atau bertindak balas dengan 1.008 gram ion hidrogen. 2. Berat agen pengoksidaan atau penurunan yang akan menghasilkan atau menerima satu elektron dalam tindak balas kimia. |