Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan-akan

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(74)
Peribahasa

Condong yang akan menongkat,
     rebah yang akan menegakkan.

Bermaksud :

Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.

 

Lihat selanjutnya...(381)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warrantyjaminanPentadbiran PerniagaanTiadaJanji yang diberikan oleh pihak yang diinsuranskan bahawa sesuatu perkara akan atau tidak akan dibuat, sesuatu syarat akan dipenuhi atau sesuatu fakta yang diberikan adalah benar atau salah. Perjanjian ini, mesti dipatuhi oleh pihak yang diinsuranskan. Pelanggaran waranti boleh menyebabkan insurer menolak liabiliti.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
prospective future service benefitfaedah khidmat masa hadapan prospektifinsuransTiadaBahagian faedah persaraan peserta yang berkaitan dengan tempoh perkhidmatan akan datang yang akan dikreditkan selepas tarikh yang ditetapkan.
communalperkaumanSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang dicirikan oleh unsur-unsur etnik seperti agama, bahasa dan budaya. Dalam pensegmenan ini, unsur perkauman akan membentuk nilai sosial yang dikenaIi sebagai subbudaya. Subbudaya ini akan mencorakkan pelbagai aspek kehidupan sosial seperti kekeluargaan, penempatan, bahasa, organisasi, pendidikan dan kegiatan ekonomi. Subbudaya yang dominan juga akan mempengaruhi hubungan sosial yang terjaIin antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dalam masyarakat yang sebegini, institusi sosial yang terbentuk akan melambangkan identiti etnik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menjadikan struktur masyarakat didominasi oleh elemen perkauman serta akan mewujudkan sentimen dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan struktur dan hubungan sosial masyarakat amat rapuh dan sensitif serta mudah mencetuskan konflik. Contohnya, kehidupan sosial, ekonomi dan politik India, Fiji dan Sri Lanka jelas berasaskan perkauman.
status quostatus quoSains PolitikPolitik PerbandinganPengekalan status yang sedia ada dalam sesuatu kedudukan seperti golongan tertentu menguasai politik, manakala golongan lain menguasai ekonomi. Kedudukan ini akan dikekalkan dan sebarang usaha untuk mengubahnya akan dihalang. Sesebuah parti yang memerintah akan berusaha untuk mengekalkan status quo yang ada. Contohnya, Barisan Nasional akan cuba memelihara status quo yang ada dalam setiap pilihan raya yang diadakan.
loss expectancyjangkaan kerugianinsuransTiadaPerkembangan baru dalam pelan pengkadaran retrospektif. Anggaran pengunderait ke atas kerugian mungkin maksimum yang akan ditanggung ke atas sesuatu pendedahan yang sedang dipertimbangkan. Perhatian juga akan diberi kepada usaha mencegah kerugian yang dijangka akan dilaksanakan oleh pihak insured.
ping of deathping mautTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan penafian layanan yang melibatkan penghantaran paket ping yang bersaiz lebih daripada 65 507 bait ke komputer sasaran. Serangan ini akan menyebabkan perkhidmatan rangkaian akan terganggu pada komputer sasaran.
deferred annuityanuiti tertundainsuransTiadaAnuiti yang akan memberi pendapatan kepada anuitan, mulai suatu tarikh akan datang yang ditetapkan.
honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.
dormantdormanPerikananAkuakulturKeadaan organisma yang seakan-akan diam dan tiada aktiviti. Keadaan ini boleh mencapai masa bertahun-tahun lamanya. Organisma akan keluar daripada keadaan dorman apabila persekitaran berada dalam keadaan baik untuk membesar dan membiak. Contohnya ialah sista artemia.
12345678910...

Kembali ke atas