Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kan.tus] | اکنتوس

Definisi : sj tumbuhan herba atau renek drpd genus Acanthus yg banyak dijadikan tanaman hiasan, daunnya besar berduri dan bunganya berwarna putih atau keungu-unguan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akantus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acanthusakantusKesenianHiasan DalamanHiasan bermotifkan daun pokok akantus yang berasal dari Mediterranean. Corak akantus banyak digunakan sebagai elemen karakter pada kepala tiang aturan Corinth pada era 4 seni bina klasik. Selain digunakan sebagai hiasan pada kepala tiang, akantus juga digunakan sebagai motif hiasan dinding dan perabot.
paterapateraKesenianHiasan DalamanPerhiasan yang berbentuk leper, bujur atau bulat yang dihias dengan daun akantus. Patera biasanya terdapat pada zaman klasik Yunani dan Roman, khususnya untuk mengisi air persembahan dalam upacara pengorbanan.
composite ordersusunan kompositKesenianHiasan DalamanSusunan yang terbentuk daripada gabungan kepala tiang Ionik dan tiang Corinthia. Motif daun akantus yang terdapat di tiang Corinthia, yang sememangnya mempunyai elemen skrol menyebabkan gabungan tersebut tidak dapat dibezakan atau dikenal pasti. Nisbah ketinggian tiang dengan lebar tiang ialah 11:1 atau 12:1.
Corinthian ordersusunan CorinthiaKesenianHiasan DalamanSusunan tiang yang dipenuhi dengan hiasan pada zaman Greek Purba dan seni bina Rom. Susunan ini terdiri daripada tiang yang berjalur dan kepala tiang yang dihiasi dengan kerawang daun akantus dan skrol. Nama asal Corinthia diambil bersempena nama sebuah bandar di Greek yang bernama Corinth. Namun, susunan Corinthia ini jarang digunakan dalam seni bina Greek, sebaliknya binaan ini banyak digunakan di Athens. Contohnya, tiang Corinthia tertua terdapat di Kuil Apolla Epicurius, Arcadia.
Elizabeth stylegaya ElizabethKesenianHiasan DalamanGaya perabot dengan ukiran pada zaman Renaissance di Itali. Gaya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Elizabeth, bermula dari tahun 1558 hingga tahun 1603. Gaya Elizabeth ditandai dengan rupa bentuk kabinet yang bersaiz besar, terbonjol, kekisi berpintal dan gadrun. Gaya khas era ini ialah bentuk hiasan atas seperti puncak tiang atau tongkat yang mengandungi ukiran kepala manusia. Motif dekoratif yang digunakan terdiri daripada daun akantus, kariatid, skrol, anyaman bertali dan topeng. Bilik utama biasanya dihiasi dengan panel dinding yang diperbuat daripada kayu oak, lepa siling dengan hiasan timbul dan pendiang dengan hiasan terperinci.

Kembali ke atas