press freedom | kebebasan akhbar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah. |
couserie | kauseri | Kesusasteraan | Tiada | Esei atau makalah sastera yang tidak formal sifatnya. Esei seperti ini biasanya terdapat dalam akhbar tempatan. Istilah ini diambil daripada makalah tulisan Sainte-Beuve berjudul Causeries du Lundi yang diterbitkan secara mingguan dalam akhbar di Paris seperti Le Globe dan Le Constitutionnel sekitar tahun 1849 � 1869. Kauseri berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud �berbual�. |
newspaper policy | polisi akhbar | insurans | Tiada | Insurans kesihatan terhad yang dijual oleh pihak surat khabar untuk mengembang atau mengekalkan peredarannya. |
masthead | inulangan | - | Tiada | 1. Judul akhbar atau majalah yang dicetak di bahagian atas muka hadapan. 2. Senarai karyawan penting yang terlibat dalam penerbitan majalah atau surat khabar. |
edition | edisi | Kesusasteraan | Tiada | Jumlah keseluruhan salinan buku, majalah atau akhbar yang terhasil dalam sekali proses percetakan atau satu salinan atau versi karya sastera yang diterbitkan pada satu waktu tertentu. |
multiplatform | multipelantar/ multiplatform | Teknologi Maklumat | Tiada | Medium yang membolehkan hasil bahan penulisan sama ada dalam bentuk artikel, majalah, komik, buku atau akhbar diterbitkan untuk paparan pelbagai landasan media digital seperti Internet. |
mass opinion | pendapat massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut. |
lobbying | melobi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Cubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan. |
socioeconomic development | pembangunan sosioekonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perkembangan sosial dan ekonomi yang dialami oleh masyarakat di sesebuah negara. Kemajuan ini dilihat melalui elemen seperti kadar perindustrian, tingkat pendapatan negara, tahap kenaI huruf, perbandaran, saiz kelas menengah, tahap kesihatan, bilangan golongan profesional dan sebagainya. Perkembangan ini juga mengambil kira tahap pengedaran akhbar, pemilikan telefon dan insurans yang tinggi. Selain itu, pembangunan sosioekonomi ini boleh mempengaruhi perkembangan politik sesebuah negara. Sarjana politik seperti Lipset dan Girling pula mengatakan bahawa pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai faktor penting kepada perkembangan demokrasi. Semakin kaya sesebuah negara itu semakin tinggi kemungkinan menjadi lebih demokratik. |
guided democracy | demokrasi terpimpin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka. |