Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
malpractice insuranceinsurans salah amalaninsuransTiadaPolisi insurans bagi seseorang profesional yang memberi perlindungan ke atas: 1. Dakwaan yang timbul akibat kecuaiannya; dan 2. Amaun yang ditetapkan oleh mahkamah ke atas sebarang ganti rugi tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam polisi.
knockketukanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin.
backfiresedakanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat.
expansion tanktangki pengembanganKejuruteraan AutomotifEnjin1. Tangki yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan pendingin akibat pengembangan kerana dipanaskan oleh enjin. Apabila enjin menjadi sejuk, bahan pendingin akan mengecut dan mengalir semula ke radiator. Tangki ini dihubungkan dengan radiator oleh sebatang hos. Tekanan dalam tangki ini menjadi tinggi, iaitu sama dengan tekanan dalam radiator apabila enjin beroperasi dan tekanan ini dikawal oleh tukup tekanan. 2. Tangki tambahan pada tangki bahan api dalam beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan api akibat pengembangan.
undermaskingpenopengan kurangSains KesihatanTiada1. Kegagalan mengubah nilai ambang pendengaran daripada telinga yang diuji akibat penopengan yang rendah. 2. Masalah yang timbul apabila bunyi penopengan yang digunakan tidak dapat menghasilkan anjakan ambang pendengaran yang diperlukan pada telinga yang diuji.
angle of deviationsudut sisihanSains KesihatanTiada1. Sudut yang terhasil apabila alur cahaya tersisih akibat pantulan cermin atau biasan. 2. Sudut antaran paksi penglihatan mata juling yang tersisih daripada normal.
rustkerat; rusta (penyakit)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Karat: Lapisan yang berwarna perang kemerah-merahan pada logam yang terjadi akibat tindakan air dan udara.
splashpercikanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Minyak pelincir yang terpercik ke dinding silinder disebabkan putaran aci engkol. (2) Kesan akibat kimpalan bintik yang terkeluar dari celah lapisan kepingan logam yang dikimpal.
concentration cellsel kepekatanKimiaKimia Analisis1. Sel elektrokimia untuk mengukur keupayaan kepekatan ion yang keupayaan daya gerak elektrik elektrod yang terhasil merupakan perbezaan daya gerak elektrik antara sel yang diketahui kepekatannya dengan sel yang tidak diketahui kepekatannya. 2. Sel elektrokimia yang daya gerak elektriknya terhasil akibat daripada perbezaan kepekatan elektrolit pada anod dan katod yang sama.
error and omission insuranceinsurans ralat dan ketinggalaninsuransTiada1. Insurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas sebarang kerugian disebabkan kesilapan atau kealpaan insured sendiri. Contoh: sebuah syarikat insurans membeli perlindungan jenis ini untuk melindungi dirinya terhadap kerugian daripada perkara seperti kegagalan mengeluarkan polisi. 2. Insurans yang melindungi kerugian akibat kegagalan insitusi kewangan untuk mendapatkan perlindungan insurans.
12

Kembali ke atas