Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.sés] | اکسيس

Definisi : (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: peng­guna akan diberi ~ internet secara auto­matik; pemohon dipercayai mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati seseorang: ahli sosiologi tidak mudah mem­peroleh ~ kpd anggota masyarakat kelas atas; mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.sés] | اکسيس

Definisi : /aksés/ 1 ist proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) data atau maklumat. 2 hak atau bolehnya mencapai data atau maklumat dlm komputer; capaian: Pengguna akan diberi ~ Internet secara automatik. mengakses dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akses


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
open accessakses terbuka-TiadaKetersediaan bahan terbitan dalam talian yang diberikan secara percuma kepada individu yang ingin mendapatkannya.
food desertgegurun makananMakanan dan PemakananTiadaKawasan yang mempunyai akses terhad kepada makanan berkhasiat.
hotspottitik penghalaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKawasan khusus yang menyediakan akses internet, kebiasaannya menggunakan Wi-Fi melalui Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN) dengan penghala disambungkan kepada pembekal khidmat internet.
net neutralitykeneutralan rangkaianTeknologi MaklumatTiadaPrinsip bahawa pembekal perkhidmatan Internet (ISP) harus memberikan akses secara saksama dan terbuka kepada pengguna untuk semua kandungan dan perkhidmatan dalam talian.
nuclear securitysekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event.
digital rights management (DRM)pengurusan hak digital (DRM)-TiadaSistem yang melindungi fail e-buku daripada dibuka oleh pengguna yang tidak mempunyai izin akses. Misalnya, pengguna tidak dapat membuka e-buku Kindle melalui Nook atau e-buku Nook melalui Kindle, kerana mempunyai DRM yang berbeza.
Internet censorshippenapisan InternetTeknologi MaklumatTiadaTindakan pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, organisasi atau entiti lain yang berkuasa untuk mengawal, menyekat atau mengehadkan akses terhadap maklumat di Internet.
cyberattackserangan siberTeknologi MaklumatTiadaSebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang.
child groomingpengantunan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
child sexual groomingpengantunan seksual kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
12

Kembali ke atas