Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.tor] | اکتور

Definisi : 1. pelakon lelaki yg membintangi sesuatu filem (televisyen, radio); 2. orang yg berpe­ranan dlm sesuatu kejadian, pelaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-state actoraktor bukan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganAktor dalam politik antarabangsa yang bukan merupakan sebuah negara. Biasanya aktor dalam politik antarabangsa terdiri daripada negara yang bersaing dan berperanan dalam hubungan antarabangsa. Aktor daripada kelompok bukan negara seperti pertubuhan multinasional, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kelompok pemisah seperti Gerakan Acheh Merdeka dan pertubuhan sukarela transnasional seperti Greenpeace dan WWF.
capitalismkapitalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi bebas yang membenarkan pemilikan modal dan persaingan tanpa sekatan. Dari segi penggunaannya, konsep ini menghuraikan satu fahaman yang merujuk kepada hak individu atau sesebuah kumpulan untuk menjual dan membeli sesuatu barangan sama ada buruh, tanah dan juga wang dalam pasaran bebas. Fahaman ini berasaskan kepada konsep pasaran bebas atau laissez-faire yang sangat bergantung kepada peraturan pasaran yang ditentukan oleh aktiviti-aktiviti pasaran itu sendiri seperti turun naik harga, spekulasi dan permintaan. Dalam sistem ini, pihak pemeritah hanya berperanan sebagai sebuah institusi yang menyediakan infrastruktur pasaran dan bertindak sebagai pengadil atau kuasa pengimbang sekiranya wujud pertelingkahan atau konflik di kalangan aktor-aktor pasaran. Konsep kapitalisme mula digunakan oleh seorang tokoh pemikir iaitu Thackeray (1854). Karl Marx (1818-1883) pula mentakrifkannya sebagai sistem pengeluaran kapitalis. Dari sudut sejarah, konsep ini mula berkembang dan mantap di Eropah di antara abad ke-16 dan ke-19. Contohnya, Great Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan negara kapitalisme. Sinonim faham kapitalis.
action theoryteori tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganTeori yang menganalisis tingkah laku atau tindakan seseorang aktor politik. Teori ini bermula dengan menganalisis matlamat, harapan, nilai dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga tahap pengetahuan aktor terhadap situasi tindakan yang telah diambil. Teori ini telah diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya dikembangkan oleh Talcott Parsons dalam kajian beliau berhubung dengan pencapaian sesebuah organisasi.
abstainberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTingkah laku aktor politik sama ada individu, kelompok atau negara yang tidak mahu campur tangan, terlibat atau menyokong mana-mana pihak yang sedang bersaing dan berkonflik. Pendirian ini merupakan darjah berkecuali yang sangat tinggi berbanding dengan dasar neutralisme. Contohnya, Switzerland dianggap sebagai negara yang mengamalkan dasar berkecuali ini dalam pelbagai isu dan konflik dunia.
laissez jairelaissez faireSains PolitikPolitik PerbandinganDoktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin.

Kembali ke atas