sensitivity | kepekaan | Kimia | Kimia Analisis | Amaun bahan atau unsur dalam larutan yang menghasilkan ukuran tertentu. Contohnya dalam spektroskopi serapan atom, kepekaan larutan akueus merupakan kepekatan unsur dalam bahagian per juta atau (μgml-1 atau mgl-1) dalam larutan akueus yang memberikan nilai serapan 0.00436 atau setara dengan 1% serapan. |
isolation | pemencilan/pengasingan | Herba | Pemiawaian | Proses pemisahan sebatian kimia tertentu daripada campuran sesuatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah kromatografi, seperti kromatografi turus dengan menggunakan pelarut organik atau akueus. Contohnya, pemisahan sebatian piawai eurikomanon daripada ekstrak akueus tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim pengasingan. |
aqueous humour | humor akueus | Kejururawatan | Tiada | Cecair yang mengisi ruang anterior mata hadapan pada kanta. |
evaporation | penyejatan | Herba | Pemiawaian | Proses memekatkan ekstrak cecair atau akueus tumbuhan herba dengan menggunakan alat penyejat. |
hydrophilic cream | krim hidrofilik | Herba | Tiada | Krim yang mempunyai fasa akueus sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi minyak dalam air (o/w) seperti sabun natrium atau sabun trolamina, alkohol lemak tersulfat dan polisorbat. Contohnya, krim pencukur, krim tangan dan krim asas. |
percolation | perkolasi | Herba | Tiada | Proses pengekstrakan secara penurasan bahan pelarut akueus, organik atau minyak sayuran pada suhu bilik atau lebih panas yang melalui bahan herba di dalam perkolator. |
foaming index | indeks pembusa | Herba | Tiada | Nilai kemampuan pembusaan suatu rebusan akueus bahan atau ekstrak herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan saponin dalam herba yang menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncang air rebusan herba selama 15 saat dan buih yang terhasil perlu kekal dalam tempoh 15 minit sebelum diukur ketinggiannya. |
maceration | maserasi | Herba | Tiada | Proses pengekstrakan secara rendaman bahan herba dengan bahan pelarut akueus, organik atau minyak sayuran dalam bekas yang tertutup pada tempoh tertentu. Nisbah bahan herba dengan pelarut yang biasa digunakan ialah 1:5 atau 1:10. Terdapat empat teknik maserasi, iaitu maserasi ringkas, maserasi kinetik, maserasi ulang dan pencernaan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tidak tahan haba bagi mengekalkan keutuhan komponen kimia. Sinonim pemaseratan. |
sialagogue | sialagog | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang merangsang pengeluaran air liur. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale), sirih (Piper betle) dan lada hitam (Piper nigrum). |
styptic | stiptik | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang boleh menghentikan atau mencegah perdarahan. Contohnya, ekstrak akueus daun kapal terbang (Chromolaena odorata). Sinonim antihemoraj. |