Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kur] | اکور

Definisi : (ber)setuju, menerima (sesuatu ke­dudukan dsb): saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi; mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun; mengakurkan 1. mencocokkan, menye­suai­kan; 2. mendamaikan (orang bertengkar dll); keakuran persetujuan, persesuaian, kecoco­kan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kur] | اکور

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah, jelur kait, Illigera appendiculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kur] | اکور

Definisi : setuju; sependapat: Kadang-kadang dia tidak ~ dgn pendapat kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suzeraintypertuananSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik di sebuah atau beberapa negara yang terpaksa tunduk dan akur kepada penguasaan sebuah negara yang lebih besar dan kuat. Keakuran ini banyak melibatkan hal-hal luar negara dan perdagangan antarabangsa, manakala hal ehwal dalam negara tidak tertakluk kepada kuasa besar tersebut.
compensationpampasanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBayaran yang dibuat kepada pemilik tanah atau bangunan akibat kerugian yang ditanggung oleh pemilik kerana pengambilan atau akur kepada arahan-arahan pihak berkuasa.
stratocracystratokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang mementingkan hierarki dan pangkat seperti kerajaan yang dikuasai oleh rejim tentera. Pemerintah memiliki kuasa tertinggi yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan, manakala golongan bawahan terpaksa akur dan mengikut arahan pemerintah. Contohnya masyarakat Sparta pada abad ke-6 hingga ke-2 SM di Greek dahulu.
repressionpenekananSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk.
manuscript policypolisi manuskripinsuransTiadaPolisi yang disediakan untuk meliputi perlindungan atau syarat khusus yang tidak diperuntukan di dalam polisi standard. Lazimnya polisi ini disediakan oleh syarikat broker untuk sesuatu akaun yang besar dan perlu akur kepada undang-undang sesebuah negeri. Sekiranya timbul pertelingkahan pemahaman tentang polisi, doktrin kontrak kesertaan akan diubahsuai.
indoctrinationindoktrinasiSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan secara halus yang dilakukan oleh pemerintah untuk mempengaruhi dan menakluk pemikiran seseorang atau masyarakat supaya mengikut sesuatu pendapat, prinsip, aliran, ideologi atau sebarang idea yang dikemukakan. Dengan langkah ini, individu atau masyarakat itu dibentuk untuk akur dan tunduk kepada pihak yang berkuasa atau pemerintah. Dalam proses indoktrinasi, alat utama yang digunakan ialah media, agensi pemerintah, sistem pendidikan dan dasar negara. Kebiasaannya, pemerintah akan menyekat sebarang kemasukan idea lain untuk mengelakkan gangguan dalam menjalankan proses indoktrinasi.
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.
expressive criticismkritikan ekspresifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang memfokuskan individualiti serta emosi pengarang dan bukan kepada karyanya sebagai objek seni atau kesan karya terhadap pembaca. Istilah ini dicipta oleh M.H. Abrams untuk mencirikan pendekatan pengkritik zaman romantik seperti coleridge dan Wordsworth. Kritikan ini bertujuan menilai sejauh mana karya tersebut akur serta memenuhi visi dan psikologi pengarang. Lihat juga kritikan biografi.
matriarchymatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu.
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.
12

Kembali ke atas