quad-precision | kepersisan berganda empat | Teknologi Maklumat | Perisian | Format pernomboran dalam komputer yang memenuhi empat lokasi storan dalam ingatan komputer pada alamat, alamat+1, alamat+2 dan alamat+3. Nombor kepersisan berganda empat juga dikenali sebagai kuad yang boleh ditakrifkan sebagai integer, titik tetap atau titik terapung. Dalam piawaian IEEE 754-2008, format 128 bit dirujuk secara rasmi sebagai binari 128. Contoh nombor kepersisan berganda empat adalah seperti yang berikut: 3fff 0000 0000 0000 0000 0000 0000 0000 = 1 c000 0000 0000 0000 0000 0000 0000 0000 = -2 7ffe ffff ffff ffff ffff ffff ffff ffff ~ 1.189731495357231765085759326628007 x 104932 3ffd 5555 5555 5555 5555 5555 5555 5555 ~ 1/3 |
ghost-form | bentuk bayangan | Kesusasteraan | Tiada | Tanda-tanda yang kelihatan sebagai bukti kepada satu kejadian yang akan berlaku. Contoh: alamat-alamat yang terjadi sewaktu kelahiran seseorang tokoh seperti kelahiran Raden Inukartapati dalam Panji Melayu di mana bulan terang-benderang, angin sepoi-sepoi bahasa, istana raja patah puncaknya dan sebagainya yang membawa petunjuk bahawa tokoh tersebut akan menjadi seorang yang terbilang kemudiannya. |
IP address | alamat IP | Teknologi Maklumat | Tiada | Alamat yang diumpukkan kepada setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer dalam Internet. Setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer akan mempunyai alamat IP yang unik. Alamat IP ini dianalogikan sebagai alamat rumah bagi membolehkan data dihantar ke komputer destinasi yang tepat. Alamat IP diungkapkan dalam bentuk XXX.XXX.XXX.XXX dengan X adalah sebarang nombor antara 0 hingga 9, serta setiap tiga digit XXX adalah sebarang nombor antara 001 hingga 256. setiap XXX diwakili oleh 8 bit dan keseluruhan alamat IP diwakili oleh 32 bit. Ungkapan XXX.XXX.XXX.XXX juga dikenali sebagai “4 nombor berdot” atau “kuad berdot”. Contohnya alamat IP adalah 202.185.39.218 yang setara dengan 11001010. 10111001. 00100111. 11011010. Digit 202 merujuk kepada kelas Internet (Kelas C). Digit 185 merujuk kepada domain rangkaian. Digit 39 Alamat IP dibahagikan kepada beberapa kelas hierarki dengan melihat 4 bit pertama alamat IP iaitu:Kelas A : alamat yang bermula dengan 0xxx, atau nombor 1 hingga 126. * Kelas B : a |
Address Resolution Protocol | Protokol Peleraian Alamat | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol TCP/IP untuk menentukan alamat perkakasan atau alamat fizikal bagi suatu nod dalam rangkaian kawasan setempat yang terhubung kepada Internet hanya apabila alamat IP atau alamat logik diketahui. |
RARP (reverse address resolution protocol) | RARP (protokol peleraian alamat songsang) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol TCP/IP untuk menentukan alamat IP atau alamat logik dalam LAN yang dihubungkan ke Internet apabila alamat perkakasan (atau alamat fizikal) sahaja diketahui. |
access address | alamat capaian | Teknologi Maklumat | Perisian | Alamat yang disediakan dalam ruang ingatan komputer bergantung pada bilangan bit alamat bas. Sekiranya saiz alamat bas ialah 20 bit, maka alamat yang boleh dicapai adalah daripada 00000H hingga FFFFFH atau dalam perpuluhan daripada 0 megabait hingga 1 megabait. |
address resolution | peleraian alamat | Teknologi Maklumat | Tiada | Penukaran alamat internet kepada alamat fizikal yang sepadan. |
redirection request | permohonan ubah alamat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Permohonan untuk mengubah alamat lama ke alamat baru. |
DAT (dynamic address translator) | DAT (penterjemah alamat dinamik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Litar perkakasan yang menukar alamat ingatan maya kepada alamat sebenar. |
protocol address | alamat protokol | Teknologi Maklumat | Tiada | Alamat numerik yang diberikan kepada pelayan dan pengguna yang mencapai Internet. Bagi pelayan, alamat protokol diterjemahkan ke dalam bentuk pelayan nama domain (DNS). Bagi pengguna, alamat protokol diberikan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) |