exteroceptor | eksteroseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Jenis reseptor yang sensitif terhadap rangsangan sensori yang diterima daripada luar tubuh. Contoh eksteroseptor ialah reseptor penerima gelombang suara (pada alat pendengaran) dan reseptor cahaya (mata). |
vibro tactile hearing aid | alat bantu pendengaran vibro taktil | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang menggunakan kaedah pendengaran getaran pada tulang vibro taktil mastoid. |
bilateral contral-ateral routing of signal (bicross) hearing aid | alat bantu pendengaran laluan isyarat kontralateral dwilateral | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang mempunyai sistem mikrofon yang diletakkan pada kedua-dua telinga individu yang mempunyai masalah pendengaran asimetri. |
analog hearing aid | alat bantu pendengaran analog | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang mengubah isyarat akustik menjadi isyarat elektrik sebelum diperkuat dan ditukarkan semula menjadi isyarat akustik. |
compression hearing aid | alat bantu pendengaran mampatan | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang mempunyai sistem mampatan automatik untuk mengurangkan output maksimum. |
digital hearing aid | alat bantu pendengaran digital | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang mengubah isyarat akustik bentuk sebelum diperkuat dan ditukarkan semula menjadi isyarat akustik. |
fully digital hearing aid | alat bantu pendengaran digital penuh | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang memproses bunyi secara digital sepenuhnya. |
peak clipping hearing aid | alat bantu pendengaran puncak potong | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang memberikan aplifikasi yang tetap pada satu tahap tertentu. Apabila melebihi tahap tersebut puncak gelombang bunyi itu akan dipotong secara automatik. |
functional gain | gandaan fungsian | Sains Kesihatan | Tiada | Perbezaan ambang pendengaran semasa memakai dan tidak memakai alat bantu pendengaran. Pengukuran ini dilakukan untuk menentukan nilai tambahan yang diberikan oleh alat bantu pendengaran kepada pemakainya. |
earhook | cangkuk telinga | Sains Kesihatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menyangkut alat bantu pendengaran pada telinga semasa pengujian alat bantu pendengaran. |