Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.go.rit.ma] | الݢوريتما

Definisi : 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah (terutama dlm komputer): golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitis yg menggunakan pelbagai teori dan ~; 2. (Komp) cara penyelesaian masalah dgn melakukan jujukan proses atau peraturan yg ditentukan utk mencapai matlamat atau ob­jektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata algoritma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Data Encryption Standard (DES)Piawai Penyulitan Data (DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri.
firefly algorithmalgoritma kunang-kunangTeknologi MaklumatTiadaSejenis algoritma meta-heuristik yang dicadangkan oleh Xin-She Yang dan inspirasi daripada gelagat kelip-kelip yang berkelip.
algospeaklaras algoritmaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaBahasa berkod dan eufemisme yang digunakan dalam platform media sosial untuk mengelakkan kandungan daripada dikeluarkan, disekat dan ditapis oleh algoritma. Sinonim algorithm speak.
algorithm speaklaras algoritmaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaBahasa berkod dan eufemisme yang digunakan dalam platform media sosial untuk mengelakkan kandungan daripada dikeluarkan, disekat dan ditapis oleh algoritma. Sinonim algospeak.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenggunaan algoritma penyulitan tak simetri untuk mendapatkan tahap tanpa sangkalan. Mesej ditandatangan dengan menggunakan kekunci rahsia dan disemak kesahihannya dengan menggunakan kekunci awam pihak yang menandatangani. Contoh algoritma yang digunakan ialah tandatangan digital RSA dan El-Gamal.
self-garbling virusvirus swaherotTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan.
self-encrypting virusvirus swasulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah pada setiap kali jangkitan. Virus ini mengubah kandungannya agar berlainan dengan tandatangan virus yang dikenali. Virus ini akan menggunakan kekunci penyulitan yang sentiasa berubah supaya bentuk virus yang tersulit sentiasa berlainan dan seterusnya menggagalkan usaha perisian antivirus yang mengumpul tandatangan virus yang baru.
basic local alignment searching tool (BLAST)alatan pencarian penjajaran setempat asas (BLAST)BioinformatikBioinformatik MolekulAlgoritma dan program yang membandingkan maklumat jujukan DNA dan protein untuk pencarian homolog.
bioinformaticsbioinformatikBioinformatikBioinformatik MolekulBidang yang merangkumi pengurusan dan penyimpanan data molekul secara sistematik, pembangunan algoritma dan perisian serta analisis dan pentafsiran data, yang menggabungkan bidang biologi, fizik, matematik dan sains komputer.
public cryptography key systemsistem kekunci kriptografi awamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem penyulitan data yang mempunyai komponen algoritma penyulitan yang disebarkan kepada umum dan menggunakan sepasang kekunci untuk melengkapkan kriptosistem ini. Satu daripada pasangan kekunci ini, iaitu kekunci awam digunakan hanya untuk proses penyulitan dan disebarkan dengan bebas. Manakala satu lagi kekunci, iaitu kekunci rahsia digunakan khusus untuk penyahsulitan dan tidak disebarkan. Pasangan kekunci ini dipilih khusus supaya penyongsangan hasil penyulitan oleh satu kekunci hanya boleh dilakukan oleh pasangannya sahaja.
12

Kembali ke atas