nazam | nazam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam �Pujio� atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud �susunan�. |
huitain | huitain | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lapan baris dalam satu rangkap. Teromba atau sesomba adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bentuk huitain ini. Contohnya, Jika cerdik teman berunding Jika bingung disuruh arah Yang buta disuruh menghembus lesung Yang patah disuruh menunggu jemuran Yang pekak disuruh mencucuh meriam Yang berani dibuat kepala lawan Kalau kaya hendakkan emasnya Kalau alim hendakkan doanya. |
prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral. |