mass flow | aliran jisim | Mekanik | Tiada | Fenomena yang berlaku apabila sistem isi padu jirim mengalami aliran masuk dan aliran keluar jisim. Dinamik aliran jisim penting dalam pemerihalan jentera bendalir seperti turbin, pam, dan roket. Lihat juga aliran jisim berubah, aliran jisim mantap. |
free flow | aliran bebas; aliran gerak bebas ( P. JAS) | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
free flow | aliran bebas; aliran gerak bebas ( P. JAS) | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
free flow | aliran bebas; aliran gerak bebas ( P. JAS) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
secular trend | arah aliran sekular | Ekonomi | Tiada | Kecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular. |
leakage | bocoran | Ekonomi | Tiada | 1.����� Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank. |
modernism | modenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran seni dan sastera yang cuba mengubah norma dan nilai tradisi dengan teknik baharu dari segi bentuk dan struktur. Pada masa yang sama, aliran ini memberikan tumpuan kepada kesedaran subjektif individu serta keterasingannya. Unsur dalam aliran medonisme diterapkan dalam aliran lain seperti simbolisme, eksistensialisme dan surealisme. Modenisme mula diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan banyak mempengaruhi penulis pada abad ke-20. |
oil viscosity | kelikatan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ukuran rintangan terhadap aliran minyak yang diukur dalam unit kg/ms, P (Poise) atau St (Stokes) atau dalam bentuk indeks kelikatan piawai. Nilai tinggi menandakan rintangan yang lebih terhadap aliran, menyebabkan aliran mengalir dengan lebih perlahan. Pada masa yang sama, nilai tinggi juga menandakan keupayaan minyak untuk menanggung beban yang tinggi. Kelikatan minyak berubah dengan kadar songsang terhadap suhu. Minyak yang baik ialah minyak yang dapat mengekalkan kelikatannya dalam enjin pada julat suhu yang besar. |
laminar flow | aliran lamina | Sains Marin | Tiada | Aliran bendalir (cecair atau gas) yang daya kelikatannya melebihi daya-daya lain. Dalam aliran lamina, zarah bendalir akan bergerak dalam laluan yang ditentukan secara lancar tanpa gangguan. |
geostrophic flow | aliran geostrof | Sains Marin | Tiada | Pergerakan arus lautan yang daya kecerunan tekanannya diseimbangkan oleh daya Coriolis (daya yang menyebabkan berlakunya pemesongan aliran udara yang terhasil daripada kesan putaran bumi). Pergerakan arah aliran ini selari dengan isobar dengan tekanan yang tinggi di sebelah kanan aliran hemisfera utara dan tekanan yang tinggi di hemisfera selatan. Contohnya, arus Kuroshio. |