dehydration alcohol | alkohol dehidrasi | Herba | Pemiawaian | Lihat alkohol mutlak. |
alcohol dependence | kebergantungan alkohol | Perubatan | Psikiatri | Pengambilan alkohol secara berterusan oleh individu sehingga pemberhentiannya akan menyebabkan gejala mental dan fizikal, seperti terketar-ketar, hipertensi, sawan dan halusinasi visual. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah sosial dan kekeluargaan. |
alcoholic fermentation | penapaian alkohol | Biologi | Tiada | Proses penghasilan alkohol, seperti etanol dan bir, dan karbon dioksida melalui penguraian gula oleh yis tanpa kehadiran oksigen. |
alcoholic fermentation | penapaian alkohol | Kimia | Tiada | Proses penghasilan alkohol, seperti etanol dan bir, dan karbon dioksida melalui penguraian gula oleh yis tanpa kehadiran oksigen. |
alcoholic psychosis | psikosis alkohol | Perubatan | Psikiatri | Psikosis yang disebabkan oleh ketagihan alkohol. |
alcohol facilitated rape | rogol dipermudah alkohol | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. |
alcohol facilitated sexual assault | serangan seksual dipermudah alkohol | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Serangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. |
tincture | tinktur | Herba | Tiada | Cecair herba yang larut dalam alkohol atau larutan air beralkohol. Cecair ini dihasilkan melalui proses rendaman satu atau lebih bahan herba dalam alkohol atau larutan air beralkohol pada suhu bilik untuk suatu tempoh tertentu. Contohnya, tinktur ginseng. |
tincture | tinktur | Herba | Pemiawaian | Cecair herba yang larut dalam alkohol atau larutan air beralkohol. Cecair ini dihasilkan melalui proses rendaman satu atau lebih bahan herba dalam alkohol atau larutan air beralkohol pada suhu bilik dalam tempoh tertentu. Contohnya, tinktur minyak nilam (Pogostemon cablin). |
lipid | lipid | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol. |