Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ter.na.tif] | الترناتيف

Definisi : 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alternatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alternativealternatifEkonomiTiadaPilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber.
alternative voting systemsistem pengundian alternatifSains PolitikPolitik PerbandinganLihat undi alternatif.
alternative voteundi alternatifSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah pemilihan yang dilakukan untuk memilih calon yang mendapat undi majoriti. Kaedah ini dipraktikkan dengan mengarahkan pengundi menyenaraikan calon berasaskan kepada susunan kedudukan tertinggi dan terendah. Calon yang paling banyak mendapat kedudukan tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Kaedah ini diamalkan dalam parlimen Australia, pilihan raya umum Perancis dan pemilihan kepimpinan Parti Buruh Great Britain. Sinonim sistem pengundian alternatif.
alternative croptanaman alternatifPertanian OrganikTanaman Makanan-
alternative farmingperladangan alternatifPertanian OrganikTanaman Makanan-
alternative assessmentpentaksiran alternatifPendidikanTiadaSebarang kaedah pentaksiran yang berbeza daripada ujian kertas dan pensel seperti pemerhatian, persembahan lisan, eksperimen, temu duga dan lain-lain.
alternative literaturekesusasteraan alternatifKesusasteraanTiadaBentuk dan medium kesusasteraan di luar jalur sastera arus perdana.
alternative actiontindakan alternatifPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBeberapa pilihan untuk melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu matlamat.
alternative proposalcadangan alternatifPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCadangan perancangan yang dihasilkan sebagai pilihan kepada perancangan yang sedia ada.
alternative / artificial sweetenerspemanis alternatif/tiruanSains KesihatanTiadaAgen pemanis selain daripada gula pasir atau sukrosa.
123

Kembali ke atas