comprehensive general liability policy | polisi liabiliti am komprehensif | insurans | Tiada | Polisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu. |
general coverage | perlindungan am | insurans | Tiada | Pelbagai jenis perlindungan yang diberikan secara umum oleh industri atau syarikat insurans. |
general anaesthetic | anestetik am/anestetik umum | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan yang bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan kehilangan kesedaran. |
general contractor | kontraktor am | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
general average (marine) | averaj am (marin) | insurans | Tiada | Kerugian dalam insurans marin yang berpunca daripada usaha menyelamatkan keseluruhan harta dalam sesuatu pelayaran supaya tidak musnah sama sekali. Kerugian ini akan diagihkan kepada semua pelayaran berkenaan mengikut kadar masing-masing (termasuk peserta yang kargonya terbakar pada awalnya). Contoh: sebahagian kargo terpaksa dibuang ke laut untuk mengelakkan kapal tenggelam. |
general physician | pakar perubatan am | Perubatan | Tiada | Doktor pakar terlatih yang menyediakan penjagaan kesihatan bukan pembedahan kepada pesakit dewasa bagi penyakit yang sukar, serius atau luar biasa. |
general liability insurance | insurans liabiliti am | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak. |
general average sacrifice | pengorbanan averaj am | insurans | Tiada | Pengorbanan salah satu kepentingan dalam pelayaran marin yang bertujuan menyelamatkan kepentingan lain daripada menghadapi kerugian menyeluruh. |
general strain theory | teori ketegangan am | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori kriminologi yang diperkenalkan oleh Robert Agnew yang menyatakan bahawa ketegangan emosi boleh meningkatkan kemungkinan seseorang untuk melakukan jenayah. Ketegangan emosi boleh berlaku apabila seseorang tidak dapat mencapai matlamat yang diingini dengan mengikut cara yang biasa sehingga memilih jenayah sebagai alternatif untuk mencapai matlamatnya. |
general mortgage bond | bon gadai janji am | insurans | Tiada | Instrumen kewangan yang menjamin tanggungjawab yang diperolehi melalui gadai janji, tetapi didahului oleh terbitan yang lebih utama. |