Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ma.lan]/[a.ma.lan] | عملن

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ma.lan]/[a.ma.lan] | عملن

Definisi : 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
personal hygienekebersihan diriHerbaTiadaAmalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran.
quality assessmentpenilaian kualitiHerbaPemiawaianKaedah yang digunakan untuk memastikan sesuatu herba, ekstrak atau produk herba selamat untuk digunakan dan bermutu tinggi. Bahan yang dinilai perlu mengandungi sebatian kimia piawai yang tepat. Penilaian kualiti melibatkan beberapa proses, antaranya amalan pertanian baik, amalan makmal baik dan amalan pengilangan baik.
documentationdokumentasiHerbaTiadaKaedah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat bahan dan sediaan herba yang dirakam dalam salinan keras dan salinan lembut. Dokumentasi ini merupakan komponen penting dalam prosedur pengendalian piawai (SOP), Amalan Makmal Baik (GLP), Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP), Amalan Pengilangan Baik (APB) dan Amalan Klinikal Baik (GCP).
certificate of Good Manufacturing Practicesijil Amalan Pengilangan BaikHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Good Collection Practices (GCP)Amalan Pengumpulan Baik (GCP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP.
Good Agricultural Practices (GAP)Amalan Pertanian Baik (GAP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dilakukan untuk penanaman herba. Panduan ini penting untuk tujuan rekod dan dokumentasi data dan maklumat semasa penanaman bahan herba tersebut. Aspek yang terangkum dalam panduan ini termasuk pengenalpastian tanaman herba (pemilihan spesies herba yang betul, penentuan identiti botani dan penyediaan spesimen baucer), kaedah, peralatan dan bahan penanaman (pemilihan kawasan yang sesuai dari segi persekitaran ekologi dan kesan sosial, cuaca, jenis tanah, sistem pengairan, penyelenggaraan dan pengawalan terhadap makhluk perosak), penuaian dan personel. GAP ini merupakan langkah pertama dalam proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal sumber semula jadi herba untuk kegunaan berterusan. Sinonim GAP.
sharentingamalan menunjuk-nunjuk anakSosiologi KeluargaTiadaAmalan ibu bapa berkongsi kandungan sensitif atau privasi anak mereka di platform media sosial.
good clinical practice (GCP)amalan klinikal baik (GCP)Sains KesihatanTiadaTatacara standard bagi amalan yang berkaitan dengan penilaian klinikal.
International Classification for Nursing Practice (ICNP)Pengelasan Antarabangsa Amalan Kejururawatan (ICNP)Teknologi Maklumate-KesihatanKlasifikasi antarabangsa dalam bidang kejururawatan. ICNP merangkumi amalan kejururawatan, tindakan dan hasil kejururawatan. ICNP bertujuan untuk meningkatkan komunikasi antara jururawat dengan pengamal perubatan yang lain. ICNP membolehkan data kejururawatan tersedia untuk digunakan dalam sistem maklumat penjagaan kesihatan di seluruh dunia.
cybersecuritykeselamatan siberTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAmalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti kecurian, kompromi atau serangan. Amalan ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden.
12345678910...

Kembali ke atas