amount at risk | amaun semasa risiko | insurans | Tiada | 1. Perbezaan di antara rizab dengan amaun muka sesuatu kontrak. Amaun semasa risiko ini menjadi semakin kecil apabila rizab meningkat (hayat). 2. Amaun insurans yang dikuatkuasakan ke atas sebarang harta oleh sesebuah syarikat tanpa mengambil kira sama ada amaun tersebut setimpal atau tidak dengan nilai sebenar harta tersebut (am). |
written line | lini bertulis | insurans | Tiada | Amaun insurans yang insurer telah bersetuju untuk menerima setelah menandatangani slip. Amaun ini mungkin melebihi amaun sebenar diinsuranskan dan dikenali sebagai lini tertutup atau lini bertandatangan. |
face amount | amaun muka | insurans | Tiada | Amaun yang dinyatakan dalam polisi yang akan dibayar jika berlaku kematian insured atau kematangan polisi. Ini tidak termasuk sebarang amaun yang ditambah melalui dividen, indemniti berganda atau sebarang peruntukan khas. |
loss | kerugian | insurans | Tiada | 1. Amaun pengurangan nilai harta insured disebabkan oleh berlakunya peril yang diinsuranskan. 2. Amaun yang dituntut oleh insured atau 3. Amaun yang dibayar bagi pihak insured di bawah kontrak insurans liabiliti. |
minimum amount policy | polisi amaun minimum | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat yang hanya mempunyai amaun muka terendah. Oleh yang demikian, diskaun boleh diberikan kerana belanja menyediakan polisi tidak akan meningkat berkadar dengan amaun muka. |
flat amount | amaun rata | insurans | Tiada | Amaun faedah atau bayaran premium yang tidak berubah. |
net amount at risk | amaun bersih berisiko | insurans | Tiada | Perbezaan di antara amaun muka sesuatu polisi dengan nilai rizab atau nilai tunainya yang terkumpul pada masa penilaian dibuat. |
loss development | perkembangan kerugian | insurans | Tiada | Perbezaan amaun kerugian di antara anggaran awal insurer dengan amaun dalam laporan penilaian pada tarikh terkemudian. |
nebulization efficiency | kecekapan penebulaan | Kimia | Kimia Analisis | Nisbah amaun sampel yang sampel ke pengatom terhadap amaun sampel yang sampai ke penebula. |
insured retention | bendungan swainsurans | insurans | Tiada | Bahagian risiko atau amaun kerugian yang ditanggung sendiri oleh insured. Contoh: amaun kerugian yang ditanggung sendiri oleh insured dalam bentuk deduktibel, swainsurans atau tanpa insurans. |