Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. balak (kayu) yg melintang di atas (pd pintu atau jendela), kayu palang (antara dua tiang dll); di ~ pintu di muka pintu: jangan duduk di ~ pintu pd waktu senja; 2. waktu atau peringkat sejurus sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan (sesuatu peristiwa, pengalaman, dll): orang Melayu sudah berada di ~ perubahan; pertunangan menjalin ikatan dua insan yg bakal menem­puh ~ perkahwinan; sudah di ~ pintu sudah dekat sekali (saatnya, terjadinya sesuatu); mengambang merintangi, menahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kayu yg dipasang melintang pd bahagian atas pintu atau jendela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambang I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air-bone gapbeza ambang udara-tulangSains KesihatanTiadaPerbezaan antara nilai ambang konduksi udara dengan nilai ambang konduksi tulang.
aided thresholdambang pendebgaran bantuSains KesihatanTiadaAmbang pendengaran setelah alat bantu pendengaran digunakan.
air conduction thresholdambang konduksi udaraSains KesihatanTiadaAmbang pendengaran yang diukur apabila bunyi dihantar melalui telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
bone conduction thresholdambang konduksi tulangSains KesihatanTiadaAmbang pendengaran yang diukur dengan menggunakan penggetar tulang.
permanent threshold shiftanjakan ambang kekalSains KesihatanTiadaAnjakan ambang pendengaran kekal yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising.
temporary threshold shiftanjakan ambang sementaraSains KesihatanTiadaAnjakan ambang pendengaran sementara yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising.
undermaskingpenopengan kurangSains KesihatanTiada1. Kegagalan mengubah nilai ambang pendengaran daripada telinga yang diuji akibat penopengan yang rendah. 2. Masalah yang timbul apabila bunyi penopengan yang digunakan tidak dapat menghasilkan anjakan ambang pendengaran yang diperlukan pada telinga yang diuji.
jackknifingterikat gugurBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik.
doorwayambang pintuKesenianHiasan DalamanRuang hadapan pintu yang terbuka atau ditutup, yang digunakan untuk laluan masuk atau keluar dari ruang dalam bilik atau bangunan.
lintelambangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
1234

Kembali ke atas