anaerobic exercise | senaman anaerobik | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Aktiviti fizikal yang tidak memerlukan kehadiran oksigen untuk meningkatkan kadar degupan jantung di samping menguatkan otot dan meningkatkan pergerakan sendi. Antara contoh senaman anaerobik ialah senaman tekan tubi dan angkat berat. Banding senaman aerobik. |
anaerobic digestion system | sistem pencernaan anaerobik | Pertanian | Agroteknologi | Proses pereputan bahan organik seperti tinja haiwan dalam keadaan tanpa oksigen yang menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Gas metana merupakan gas yang boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak dan menghasilkan cahaya lampu. Di samping itu, pencernaan anaerobik adalah satu cara pelupusan sisa pertanian terutamanya najis ternakan. Setelah melalui proses ini, sisa pencernaan boleh digunakan sebagai baja organik. Proses pencernaan anaerobik dilakukan oleh mikroorganisma yang menggunakan karbohidrat dalam bahan buangan sebagai sumber tenaga mereka. |
anaerobic | anaerobik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
anaerobic | anaerobik | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan proses biologi yang tidak memerlukan oksigen. Misalnya pemecahan gula kepada etanol dan karbon diosida oleh ragi. |
anaerobic | anaerobik | Botani | Tiada | Berkenaan dengan respirasi yang berlaku dalam keadaan tiadanya oksigen. |
anaerobic respiration | respirasi anaerobik | Perubatan | Tiada | Peringkat pernafasan sel yang tidak memerlukan oksigen. |
anaerobic fermentation | penapaian anaerobik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penapaian oleh bakteria atau mikroorganisma yang mendapatkan bekalan oksigen secara tidak langsung daripada karbohidrat atau sumber karbonnya. |
anaerobic digested bottom fraction | enap cemar dasar cernaan anaerobik | Pertanian | Tiada | Tiada |
glycolysis | glikolisis | Biologi | Fisiologi | Pemecahan anaerobik glukosa melalui asid puruvik dengan pembentukan asetil-koA yang akan masuk ke kitaran Kreb dalam respirasi aerobik atau menjadi asid laktik atau etil alkohol (etanol) atau pemecahan karbohidrat yang lebih kompleks seperti kanji atau glikogen. |
effective microorganism | mikroorganisma bermanfaat | Pertanian | Agroteknologi | Campuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian. Contohnya, bakteria asid laktik yang menggalakkan proses fermentasi bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj. Selain itu, mikroorganisma Bokashi yang terhasil daripada pemeraman sisa buah-buahan dan sayur-sayuran pula boleh dijadikan baja cecair. Mikroorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Bahan makanan boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat. |