Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batu kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak batu

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lithotripticlitotriptikHerbaTiadaHerba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli.
egg and tonguetelur dan lidahKesenianHiasan DalamanBentuk alat hiasan untuk ukiran kayu, batu atau plaster yang terdiri daripada objek berbentuk telur dan sauh, anak panah, damak atau lidah yang diatur pada kedudukan yang sama. Ornamen ini boleh didapati pada bangunan Greek dengan gaya ionik, yang bermula pada abad ke-4 sebelum Masihi.
household talecerita nenekKesusasteraanTiadaCerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�.
dabusdabusKesusasteraanTiadaSejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari.

Kembali ke atas