Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/.a.na/] | انق٢

Definisi : 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak-anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Laksana layang-layang salah teraju.

Bermaksud :

Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(181)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaCerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
empty nest syndromesindrom sarang kosongPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu keadaan yang terjadi apabila anak-anak meninggalkan keluarga setelah mencapai umur dewasa.
ideal educational endowmentendowmen pendidikan unggulinsuransTiadaPolisi ini direka bentuk untuk menyediakan wang bagi pelajaran anak-anak sekiranya pencari nafkah dalam keluarga tersebut mati.
plant parentpemelihara tumbuhanUmumTiadaSeseorang yang menjaga atau merawat tumbuhan, mirip seperti peranan ibu bapa dalam menguruskan anak-anak.
community empowermentpemerkasaan komunitiPsikologiTiadaProses meningkatkan kesejahteraan dan keadilan sosial dalam sesebuah komuniti, contohnya mengembangkan bakat atau minat anak-anak melalui pelbagai acara dalam komuniti atau pembangunan semula ekonomi masyarakat.
piracypelanunanKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang berkaitan dengan serangan atau rompakan ke atas kapal di lautan. Tindakan ini termasuklah rampasan kapal, mencuri muatan dan anak-anak kapal yang dijadikan tebusan.
captive insurerinsurer kaptifinsuransTiadaSyarikat insurans yang ditubuhkan atau dimiliki oleh sesebuah organisasi dengan tujuan untuk memberi perlindungan kepada risiko yang berkaitan dengan organisasi tersebut dan anak-anak syarikatnya.
subsistance allowanceelaun sara diriEkonomiTiadaSebahagian daripada pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Di Malaysia, mengikut taksiran cukai pendapatan 1990, bahagian pendapatan yang dikecualikan daripada cukai ialah RM5000 untuk diri sendiri, RM2000 untuk isteri, dan jumlah maksimum RM3000 untuk anak-anak.
inequalityketaksamaanSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan tidak seimbang yang wujud dalam masyarakat dari sudut pendapatan, penguasaan ekonomi, kedudukan sosial, pemilikan jawatan dan kuasa politik. Situasi ini membentuk masyarakat yang berstruktur vertikal atau menegak berasaskan angkubah tersebut. Ketidakseimbangan ini juga mempengaruhi perolehan pendapatan, pengiktirafan, masa hadapan anak-anak, hubungan sosial serta pengiktirafan sosial seseorang. Ketaksamaan boleh berlaku selari dengan kedudukan kaum atau warna kulit tetapi lazimnya merentasi sesuatu kaum melainkan sesuatu dasar seperti aparteid dilaksanakan.
political socializationpemasyarakatan politikSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan.
12345678910...

Kembali ke atas