anatomical position | posisi anatomi | Sains Sukan | Biomekanik | Lihat posisi rujukan anatomi. |
anatomy | anatomi | Sains Sukan | Biomekanik | Cabang ilmu dalam bidang biologi yang mengkaji struktur tubuh dan kaitannya antara satu sama lain. Pendekatan anatomi digunakan dalam kajian biomekanik bagi menjelaskan struktur tubuh dan bahagian-bahagiannya serta bahagian-bahagian tubuh yang berpotensi untuk menghasilkan gerakan. |
anatomical reference position | posisi rujukan anatomi | Sains Sukan | Biomekanik | Kedudukan badan dalam keadaan berdiri tegak dengan semua bahagian badan termasuk tapak tangan menghadap ke hadapan. Posisi ini merupakan posisi rujukan bagi semua pergerakan bahagian badan. Semua sudut sendi dalam posisi ini adalah neutral dan dinyatakan sebagai darjah sifar. Sinonim posisi anatomi. |
vacuum-pressure treatment | rawatan vakum-tekanan | Buluh | Tiada | Kaedah merawat buluh menggunakan vakum dan tekanan. Vakum berfungsi untuk mengeluarkan air atau udara yang terperangkap dalam struktur anatomi buluh, manakala tekanan menolak masuk larutan bahan pengawet ke dalam struktur anatomi buluh. |
abduction | abduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi. |
adduction | aduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi. |
pronation | pronasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan dari posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke belakang atau ke bawah. Contohnya, kedudukan tangan secara pronasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding supinasi. |
supination | supinasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi. |
anatomy | anatomi | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang memperlihatkan suatu analisis yang logis atau berbentuk ilmiah dan berunsur falsafah. |
anatomy | anatomi | Biologi | Tiada | 1. Kajian tentang struktur tubuh organisma hidup, seperti yang dipelajari dengan membelahnya.,2. Organisasi bahagian tubuh dan perhubungan struktur antaranya. |