ratio of herbal substance to genuine herbal preparation (DER genuine) | nisbah bahan herba dalam sediaan herba tulen | Herba | Tiada | Nisbah kuantiti bahan herba dalam kuantiti sediaan herba tulen yang terhasil dan diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Angka (dinyatakan sebagai julat sebenar) di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba tulen yang terhasil. Contohnya, julat 10 -15 kg bahan herba menghasilkan 1 kg sediaan herba tulen memberikan nisbah penyediaan herba dalam herba tulen 10 - 15 : 1. |
drug extract ratio (DER) | nisbah drug ekstrak | Herba | Tiada | Nisbah antara kuantiti bahan herba yang digunakan dalam pengilangan sediaan herba dengan kuantiti sediaan herba yang dihasilkan. Angka di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba yang terhasil. Nisbah ini menyatakan kualiti ekstrak herba. Contohnya, 10 kg bahan herba yang menghasilkan 1 kg sediaan herba memberikan nisbah drug ekstrak 10 : 1. |