total shift | jumlah anjakan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jumlah daripada anjakan kadaran dan anjakan kebezaan yang digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan industri. |
bathochromic shift | anjakan batokrom | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan hipsokrom. |
hypsochromic shift | anjakan hipsokrom | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan batokrom. |
chemical shift | anjakan kimia | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum resonans magnet nukleus yang berlaku akibat daripada pemerisaian diamagnetik sesuatu nukleus oleh elektron yang mengelilingi nukleus itu. |
permanent threshold shift | anjakan ambang kekal | Sains Kesihatan | Tiada | Anjakan ambang pendengaran kekal yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising. |
temporary threshold shift | anjakan ambang sementara | Sains Kesihatan | Tiada | Anjakan ambang pendengaran sementara yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising. |
positive-displacement meter | meter anjakan positif | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya. |
shift valve | injap anjakan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang terdapat dalam sistem penghantaran automatik, yang akan bergerak untuk memberikan anjakan dari satu nisbah gear ke nisbah yang lain. |
shif reagent | reagan anjakan | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan. |
setback | anjakan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jarak yang dibenarkan di antara bangunan dengan sempadan tanah. |