Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yg lantainya ditinggikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjung

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anjunganjungKesenianHiasan DalamanRuang terbuka yang terletak di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai ruang tempat tuan rumah meraikan tetamu, sama ada yang dikenali atau tidak dikenali untuk tujuan perbincangan dan sebagainya.
spotteranjung tinjauUmumTiadaSebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat.
the corridor of poweranjung kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan yang menghampiri jawatan kepimpinan tertinggi sesebuah negara seperti presiden atau perdana menteri. Bagi menduduki jawatan ini, seseorang pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat persaingan atau pemilihan dan setelah berjaya mengharunginya barulah dianggap berada di anjung kuasa. Contohnya pada tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi dapat dianggap sebagai berada di anjung kuasa apabila Dr. Mahathir Mohamed mengisytiharkan mahu bersara.
porchanjungPenilaian Harta TanahTiadaTiada
grandstandanjung penontonSukanLumba BasikalTempat khas di velodrom untuk menyaksikan perlumbaan.
entrance porchanjung masukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
car porchanjung keretaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
home straightlaluan penamatSukanLumba BasikalJalan di depan anjung penonton
back straightlaluan penamat (bertentangan)SukanLumba BasikalJalan yang bertentangan dengan anjung penonton.
green disctanda hijauSukanLumba BasikalLampu merah dan hijau yang dipasang di tempat permulaan dalam acara balapan, bagi acara kejar-mengejar berpasukan dan perseorangan, untuk menentukan kilometer pertama dan kilometer terakhir. Merah dipasang di hadapan laluan anjung penonton,dan hijau dipasang di laluan yang bertentangan dengan anjung penonton. Sinonim: red disc
12

Kembali ke atas