Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan; mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur; mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan; ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; pengansuran perbuatan mengansurkan (hu-tang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur sedikit demi sedikit (dlm hal bergerak, membayar hutang dsb): Dia membayar hutangnya secara ~. mengansur 1 melakukan sesuatu berdikit-dikit: Ia ~ kerjanya dr sehari ke sehari hingga selesai. 2 bergerak atau berengsot sedikit demi sedikit: Orang tua itu ~ ke muka pintu. mengansurkan 1 membawa (menyorongkan, menghulurkan dsb) ke depan: Sambil berbual-bual, dia ~ para tetamu ke meja hidangan. 2 memberikan sesuatu atau membayar (hutang dsb) sedikit demi sedikit: ~ hutang. ansuran bayaran yg dibuat sedikit demi sedikit utk mengurangkan hutang: Cincin berlian itu dibelinya secara ~ RM50/- sebulan. pengansuran perbuatan (hal, cara dsb) mengansur atau mengansurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ansur

Peribahasa

Akal tak sekali datang,
     runding (= fikiran) tak sekali tiba.

Bermaksud :

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weancerai susuSains KesihatanTiadaPemberhentian susu secara beransur-ansur apabila bayi mampu mengambil makanan selain susu ibu.
crescendocrescendoMuzikTiadaCrescendo merujuk kepada paras dinamik yang beransur-ansur kuat. Crescendo biasanya ditulis dalam singkatan cresc atau cres.
quid pro quoquid pro quoSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah tawar-menawar atau tolak ansur yang dibuat antara dua atau lebih pihak oleh pemimpin kaum yang berbeza. Kaedah ini bertujuan mengelakkan konflik yang tercetus akibat perbezaan pandangan. Pihak-pihak ini saling memahami dan memerlukan antara satu dengan yang lain. Apabila berlaku sesuatu perbezaan pendapat, biasanya akan diakhiri dengan rundingan dan tawar-menawar. Contohnya, kelangsungan Barisan Nasional di negara ini hasil hubungan quid pro quo yang dibentuk antara pihak yang berkepentingan.
climate migrantpehijrah iklimAlam SekitarTiadaIndividu atau komuniti berpindah meninggalkan rumah mereka secara beransur-ansur disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim.
chronickronikKejururawatanTiadaKeadaan yang berkaitan dengan proses penyakit yang berpanjangan atau bermula dengan beransur-ansur dan tidak sembuh dengan cepat.
climate migrationpenghijrahan iklimAlam SekitarTiadaPergerakan individu atau komuniti berpindah meninggalkan rumah mereka secara beransur-ansur disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim.
graded beddingperlapisan berperingkatSains MarinTiadaPerlapisan endapan yang setiap lapisannya menunjukkan perubahan saiz terarah yang progresif dan beransur-ansur daripada butiran kasar di bahagian dasar kepada butiran halus di bahagian atasnya. Kebiasaannya, lapisan ini melambangkan sekitaran endapan, iaitu pengurangan dalam pengangkutan tenaganya seiring dengan peredaran masa yang terhasil ketika aktiviti endapan atau proses pemendapan yang tinggi.
accretionendap timbusSains MarinTiadaProses pemendapan sedimen melalui pergerakan hakisan dan lelasan air laut yang berlaku secara beransur-ansur. Contohnya, sedimen yang terdapat di zon hadapan kawasan paya bakau.
evolutionevolusiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerubahan ciri perwarisan biologi suatu spesies atau populasi organisma yang berlaku secara perlahan atau beransur-ansur.
entropic romanceroman entropiKesusasteraanTiadaNaratif futuristik dalam fiksyen sains dan fantasi yang bertemakan kemusnahan dunia dan cakerawala. Dunia secara beransur-ansur melalui proses kebinasaan semula jadi dan hukum-hakam termodinamik.
12

Kembali ke atas