Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interfaceantara mukaPerubatanTiadaAntara muka: Kawasan sentuhan antara dinding kaviti di gigi dan restorasi.
mail application programming interface (MAPI)antara muka pengaturcaraan aplikasi mel (MAPI)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka pengaturcaraan yang membolehkan aplikasi menghantar dan menerima mel melalui sistem pemesejan mel Microsoft. Antara muka ini merupakan sebahagian daripada seni bina perkhidmatan membuka Windows (WOSA) dan merupakan sebahagian daripada semua sistem pengendalian Windows. Antara muka ini merupakan satu set fungsi API dan sebagai antara muka OLE yang membenarkan pemesejan pelanggan berinteraksi dengan beberapa perkhidmatan mesej. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API).
interfaceantara mukaKesenianTiadaSatu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu.
neuro-electronic interfaceantara muka neuroelektronikFizikNanoteknologiAntara muka yang menggunakan peranti nano untuk membenarkan komputer dihubungkan dengan sistem saraf. Antara muka ini memerlukan pembinaan struktur molekul bagi membolehkan kawalan dan pengesanan denyutan saraf oleh komputer. Struktur molekul ini mestilah terdiri daripada molekul konduksi yang membenarkan pengaliran arus elektrik dihasilkan daripada pergerakan ion pada sistem saraf tersebut.
graphical user interface (GUI)antara muka grafik pengguna (GUI)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasaskan aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual, GUI.
graphical user interface (GUI)antara muka grafik pengguna (GUI)Teknologi MaklumatTiadaIstilah generik yang merujuk antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasas aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual.
nanoparticlenanozarahTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauZarah bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer dengan lapisan antara muka di sekitarnya. Lapisan antara muka mungkin terdiri daripada ion logam, molekul organik dan tak organik dan sebagainya.
hybridhibridPerikananAkuakulturIkan yang terhasil daripada pembiakan kacukan antara dua spesies yang berbeza. Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan kadar tumbesaran yang cepat. Contohnya ikan kerapu hibrid yang terhasil daripada kacukan antara ikan kerapu kertang dengan ikan kerapu harimau.
handshaking proceduretatacara jabat tanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam sesi ini, protokol komunikasi ditentukan, seterusnya penukargantian identiti antara entiti yang berhubung serta pengesahan identiti dilakukan sebelum penukargantian data boleh berlangsung.
oil clearancelegaan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinRuang sempit di antara galas dengan aci. Legaan minyak boleh didapati di antara galas utama dengan jurnal aci engkol dalam enjin. Legaan yang biasa digunakan ialah antara 0.025 mm hingga 0.076 mm. Minyak pelincir dipam ke dalam ruang ini untuk melincirkan putaran aci engkol.
12345678910...

Kembali ke atas