quasi-international | separa antarabangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara sebuah negara berdaulat dengan sebuah wilayah lain yang masih kabur taraf kedaulatannya di peringkat antarabangsa. Ini berbeza dengan hubungan antara dua negara berdaulat yang dikenali sebagai hubungan antarabangsa. Contohnya, hubungan negara Jepun dengan Taiwan merupakan separa antarabangsa kerana Taiwan belum mendapat taraf kedaulatan di peringkat antarabangsa. |
non-state actor | aktor bukan negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aktor dalam politik antarabangsa yang bukan merupakan sebuah negara. Biasanya aktor dalam politik antarabangsa terdiri daripada negara yang bersaing dan berperanan dalam hubungan antarabangsa. Aktor daripada kelompok bukan negara seperti pertubuhan multinasional, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kelompok pemisah seperti Gerakan Acheh Merdeka dan pertubuhan sukarela transnasional seperti Greenpeace dan WWF. |
international event planning | perancangan acara antarabangsa | Pelancongan | Tiada | Proses mengatur program yang bertaraf antarabangsa, seperti mesyuarat, konvensyen dan aktiviti pembinaan pasukan. |
international scams | penipuan antarabangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memperdaya secara sengaja yang dilakukan secara rentas sempadan di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa. Contohnya, penipuan Macau. |
International Classification for Nursing Practice (ICNP) | Pengelasan Antarabangsa Amalan Kejururawatan (ICNP) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Klasifikasi antarabangsa dalam bidang kejururawatan. ICNP merangkumi amalan kejururawatan, tindakan dan hasil kejururawatan. ICNP bertujuan untuk meningkatkan komunikasi antara jururawat dengan pengamal perubatan yang lain. ICNP membolehkan data kejururawatan tersedia untuk digunakan dalam sistem maklumat penjagaan kesihatan di seluruh dunia. |
Union Cycliste Internationale (UCI) | Persekutuan Basikal Antarabangsa (UCI) | Sukan | Lumba Basikal | Badan yang mengelolakan segala jenis sukan berbasikal pada peringkat antarabangsa. |
Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) | Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) | Kesihatan Awam | Tiada | Pengisytiharan rasmi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang peristiwa luar biasa yang menimbulkan risiko kesihatan awam kepada negara lain disebabkan oleh berlakunya penyebaran penyakit di peringkat antarabangsa. PHEIC dibuat apabila krisis kesihatan awam mencapai tahap global yang membawa implikasi untuk kesihatan awam di luar sempadan negara yang terjejas dan mungkin memerlukan tindakan segera antarabangsa. |
consortium bank | bank konsortium | Ekonomi | Tiada | Sekumpulan bank yang biasanya bertaraf antarabangsa, yang ditubuhkan untuk memberi pinjaman jangka masa sederhana dalam jumlah yang besar bagi keperluan pelanggan antarabangsa. |
transnational crime | jenayah transnasional | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang bersifat antarabangsa dan tidak terhad kepada mana-mana negara, dan mangsa boleh berada di mana-mana negara. Contohnya, penipuan kad kredit yang melibatkan sindiket antarabangsa. |
polarization | polarisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union. |